PERMOHONAN PINJAMAN AMANAH IKHTIAR 2024(Daftar aim.gov.my)

PERMOHONAN PINJAMAN AMANAH IKHTIAR 2024(Daftar aim.gov.my)

Pernahkah anda mendengar Amanah Ikhtiar? Penubuhan AIM adalah bertujuan membantu dengan memberi pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menjana pendapatan isi rumah. Sekiranya anda ingin mencadang untuk memulakn perniagaan  kecil-kecilan tetapi memerlukan modal permulaan, anda boleh cuba membuat pinjaman Amanah Ikhtiar. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU AMANAH IKHTIAR

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 pindaan 1981 (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan kecil-kecilan yang menambahkan pendapatan.

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN AMANAH IKHTIAR

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Kad Pengenalan (mykad)
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Had kelayakan pendapatan isi rumah bagi menyertai AIM ialah RM3,050 dan per kapita ialah RM610.
  • Had nilaian pemilikan aset mestilah tidak melebihi nilaian berikut:
    Tanah bergeran di atas nama KIR atau bakal Sahabat dengan keluasan tidak lebih dari tiga (3) ekar.
    b. Pemilik rumah sendiri dengan anggarannilai tidak lebih RM200,000.
    c. Pemilik kenderaan dengan anggaran nilai semasa sebuah kenderaan tidak melebihi RM50,000.

CARA BUAT PERMOHONAN PINJAMAN AMANAH IKHTIAR

Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat permohonan pembiayaan secara online. Kaedah pembiayaan Amanah Ikhtiar melalui car aini ialah yang paling senang dan ringkas .Anda hanya perlu mengisi borang permohonan anda secara online dan hantarkan permohonan anda kepada email dan pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia.

Cara membuat permohonan adalah seperti di bawah:

  1. Dapatkan borang permohonan Amanah Ikhtiar
  2. Dapatkan di laman web rasmi Amanah Ikhtiar, iaitu www.aim.gov.my.
  3. klik pada pautan ini untuk anda terus mendapatkan borang permohonan Amanah Ikhtiar .
  4. dapatkan borang permohonan dan isi maklumat anda pada ruangan yang disediakan.
  5. Pastikan anda mengisi maklumat yang tepat
  6. Maklumat anda akan digunakan untuk menyemak kelayakan anda.
  7. Setelah anda selesai mengisi borang permohonan anda perlu menghantar borang tersebut secara emal ataupun kaunter Amanah Ikhtiar

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL ONLINE (Daftar tekunfin.tekun.gov.my)

7 thoughts on “PERMOHONAN PINJAMAN AMANAH IKHTIAR 2024(Daftar aim.gov.my)”

Leave a Comment