CARA ELAK ANAK KETAGIH TELEFON PINTAR

CARA ELAK ANAK KETAGIH TELEFON PINTAR

Sudah menjadi isu utama kepada semua ibubapa di Malaysia iaitu anak-anak mula ketagih menggunakan telefon pintar.

Masalah ini bukan sahaja dikalangan masyarakat bandar,malah dikampung juga menghadapi masalah yang sama.

PUNCA ANAK-ANAK TERDEDAH KEPADA TELEFON PINTAR

Apakah punca utama anak-anak menjadi ketagih kepada telefon pintar?Berikut adalah punca utama anak-anak di Malaysia suka meluagkan masa menggunakan telefon pintar:

KEBIASAAN

Ia adalah satu masalah utama dalam keluarga.Contohnya ibubapa banyak meluangkan masa menggunakan telefon pintar untuk urusan kerja,perniagaan online dan bersosial dengan rakan  maya.

Contohnya adik beradik sudah biasa menggunakan telefon pintar untuk menyiapkan tugasan di sekolah.

Faktor ini juga mendorong anak-anak kecil ini juga ini ingin menggunakan telefon pintar tetapi mereka tidak menggunakan dengan cara yang betul ekoran usia mereka masih kecil.

Mereka hanya meluangkan masa untuk melihat video contohnya di youtube untuk meluangkan masa dan membuatkan mereka seronok serta terhibur.

KESIBUKAN DAN KEPENATAN IBUBAPA

Ibubapa yang sibuk dan penat bekerja seharian ingin meluangkan masa untuk berehat sekejap. Cara yang mudah untuk berehat adalah memberi telefon pintar kepada anak-anak kecil.

Ibubapa yang bekerja sepanjang masa juga terpaksa memberi sesuatu kepada anak-anak seperti telefon pintar untuk menhilangkan kebosanan anak-anak mereka sementara mereka pulang bekerja atau dapat fokus kepada anak-anak mereka.

Baca tentang PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL:BANTUAN MODAL PERNIAGAAN UNTUK WANITA

CARA ELAK ANAK KETAGIH TELEFON PINTAR

Berikut adalah cara elak anak ketagih telefon pintar:

SEDIAKAN RUTIN & JADUAL TETAP KEPADA ANAK-ANAK

Ibubapa perlu merancang masa anak dengan aktiviti yang menarik dan bermanfaat agar masa anak-anak digunakan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah.

Cipta beberapa permainan mudah dan simple kepada anak-anak di rumah yang membantu mereka kembangkan potensi diri dan kognitif mereka.

HAD MASA BERSAMA TELEFON PINTAR DIRUMAH

Pastikan ibubapa menetapkan had masa untuk menggunakan telefon pintar ketika bersama anak-anak dirumah.Ia bermaksud kita perlu elak meluangkan masa menggunakan telefon pintar depan anak-anak.

Contohnya,semasa anak bermain,buat kerja rumah dan lain-lain,ibubapa perlu elak menggunakan telefon untuk melayari facebook atau menonton video di youtube yang boleh menarik perhatian anak-anak.

 

 

 

 

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *