BANTUAN SARA HIDUP VETERAN BSH TIDAK BERPENCEN

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) VETERAN TIDAK BERPENCEN RM300 SEBULAN

Berita menggembirakan kepada para veteran yang tidak berpencen berumur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) setiap bulan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan, semoga membantu.

APA ITU BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 

Kerajaan mengiktiraf sumbangan perkhidmatan Veteran Tidak Berpencen atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan keamanan negara melalui Bantuan SaraHidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen. Perkara ini dipersetujui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 

Pembayaran akan mula dilaksanakan bermula September 2023 nanti.

KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP VETERAN (BSH) 

Pemanjangan Bentuan Sara Hidup (BSH) telah diumumkan bagi Veteran Tidak berpencen pada usia 60 tahun berbanding usia 80 tahun sebelum ini.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 

Kadar bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebanyak RM300

CARA SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) VETERAN

Adalah dimaklumkan bermula 8 Julai 2022, semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0. Bagi membuat semakan bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH), berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan Sistem Vibes 2.0
  2. Log masuk akaun anda untuk membuat semakan.

CARA DAFTAR PORTAL VIBES 2.0 

Bagi pengguna kali pertama, berikut adalah merupakan cara untuk membuat pendaftaran:

  1. Layari pautan Sistem Vibes 2.0
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
  3. Pilih ‘Jenis Pengguna’.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
  6. Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
  7. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan amklumat lanjut mengenai BSH Vteran tidak berpencen ini, anda boleh melayari facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *