TUKAR ALAMAT MyKAD IC(Cara Harga & Prosedur)

CARA TUKAR ALAMAT MyKAD/IC(Semakan Harga & Prosedur Permohonan)

Adakah anda ingin menukar alamat rumah pada Kad Pengenalan anda? Alamat rumah di Mykad anda merupakan alamat kediaman anda dan juga penting bagi bakal pengundi kerana data ini akan dikemaskini oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Bagaimana cara untuk tukar alamat pada Mykad IC? Disini kami kongsikan caranya, semakan harga dan prosedur permohonan, semoga membantu

SYARAT PERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT MYKAD IC

Berikut adalah merupakan syarat permohonan:

  • Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
  • Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  • Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
  • Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PERTUKARAN ALAMAT MYKAD/IC

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan bagi penukaran alamat kediaman:

  1. Dokumen Pemohon (Asal)
    • Kad Pengenalan.
  2. Dokumen Sokongan ((Asal Atau Salinan Yang Disahkan)
    • Bil elektrik /bil air
    • Bil pembentungan
    • Bil utiliti
    • Cukai pintu
    • Borang Taksiran Cukai Pendapatan
    • Perjanjian jual beli rumah
    • Perjanjian atau resit sewa rumah (sekiranya menyewa
    • Lain-lain dokumen pembuktian pemohon menetap di kediaman baru.

PROSEDUR PERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT MYKAD/IC

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal). Untuk mengetahui JPN berhampiran anda boleh rujuk DI SINI

JUMLAH BAYARAN/FI PERTUKARAN ALAMAT MYKAD/IC

Berikut adalah merukan jumlah bayaran / FI yang akan dikenakan bagi urusan pertukaran alamat:

  1. Warganegara
    • Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00
  2. Bukan Warganegara
    • Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00

SOALAN LAZIM TUKAR ALAMAT MyKAD IC

Kenapa perlu tukat alamat pada mykad IC?

Berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang  seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.

Bolehkah Penukaran Alamat MyKad Dilakukan Secara Online?

Buat masa kini tiada perkhdimatan pertukaran alamat secara online

Apakah urusan gantian MyKad yang boleh dibuat secra online?

Urusan gantian MyKad secara online hanya boleh dilakukan:

  • Gantian BiasaPermohonan penggantian biasa adalah dihadkan kepada penggantian bagi menaiktaraf cip MyKad dari 32k kepada 80k.
  • Penggantian Cip / Kad RosakPermohonan ini melibatkan penggantian MyKad disebabkan oleh keadaan fizikal MyKad yang rosak atau masalah cip MyKad yang tidak dapat dibaca semasa proses pengesahan bagi urusan-urusan tertentu.
  • Penggantian Kehilangan – Permohonan bagi kes kehilangan hanya dihadkan kepada kehilangan yang tidak melebihi dari 1 kali.Bayaran fi yang dikenakan adalah berdasarkan kepada amaun yang dikenakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara tukar alamat mykad/ic , anda boleh layari website rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/

ARTIKEL LAIN

DUIT DALAM AKAUN BANK HILANG (Cara Dapatkan Semula Wang Anda)

SURAT BERANAK/SIJIL LAHIR HILANG ROSAK: CARA PERMOHONAN ONLINE(Macam Mana Nak Dapat Yang Baru?)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *