BAGAIMANAKAH CARA TUKAR NAMA BIL ELEKTRIK RUMAH?
Sekiranya anda pemilik premis yang ingin untuk menukar nama pemilik akaun (pengguna berdaftar) kepada nama penyewa premis melalui proses Change of Tenancy (COT) agar penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bil elektrik, anda kini boleh membuat secara manual dan online.Bagaimana cara tukar nama bil elektirk? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
KENAPA PERLU TUKAR NAMA BIL ELEKTRIK
Melalui langkah ini, pemilik premis dapat mengelak daripada menanggung tunggakan bil elektrik yang ditinggalkan penyewa sekiranya berlaku, dengan permohonan pertukaran nama perlu dilaksanakan oleh penyewa premis yang akan menandatangani kontrak baharu dengan TNB.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan antaranya seperti berikut:
- Salinan perjanjian S&P atau Salinan perjanjian Sewaan
- Surat kebenaran untuk akaun TNB sendiri dari pemilik (sekiranya menyewa)
- Salinan IC penyewa
- Salinan IC pemilik
- Cop syarikat sekiranya menyewa atas nama syarikat
CARA TUKAR NAMA BIL ELEKTRIK RUMAH(Nama Penyewa/Pemilik Baru)
Terdapat dua cara untuk tukar nama bil elektrik, iaitu secara online dan manual. Berikut adalah caranya:
Tukar Nama Bil Elektrik Secara Online
- Layari pautan https://www.mytnb.com.my/
- Bagi penguna kali pertama anda harus daftar terlebih dahulu:
- Klik pada New here? Register now!
- Masukkan butiran maklumat yang diperlukan (Nama/No Kad Pengenalan/NoTelefon/Email/Kata Laluan)
- Tick pada terms of use and policies.
- Seterusnya klik pada Create Account.
- Masukkan no OTP yang anda terima di pada no yang anda isikan tadi, klik
- Akan terkeluar Pop Up pendaftaran anda berjaya, klik ok
- Anda akan terima link pengaktifan di email anda, klik link tersebut
- Setelah selesai proses pendaftran di atas, LOG MASUK akaun anda utk proses tukar nama
- Pilih I am moving in untuk create account TNB baru.
- Isi butir – butir alamat premis yang anda akan duduki berpandukan bill elektrik berdekatan
- Maklumat tentang permis tersebut akan dipaparkan.
- Teliti semua maklumat, kalau semua betul, anda boleh teruskan ke langkah berikut.. Tekan ‘next’
- Isikan maklumat berkaitan yang diperlukan
- Muat Naik dokumen yang berkaitan
- Proses permohonan & penghantaran dokumen selesai.
- Selepas permohonan anda di teliti oleh pihak TNB dan diluluskan, anda akan menerima email yang mengandungi “Demand Letter” dari pihak TNB. Surat ini bertujuan untuk memberikan detail bayaran yang perlu anda buat sebelum proses penyambungan elektrik di lakukan ke kediaman anda.
- Anda boleh membuat bayaran seperti yang dimaklumkan sama ada di Kedai TNB atau boleh buat secara online melalui FPX, Credit Card atau Debit Card.
- Selepas pembayaran, anda akan menerima emel pengesahan dan kelulusan akaun anda.
- Selesai
CARA TUKAR NAMA BILELEKTRIK RUMAH(Nama Penyewa/Pemilik Baru) Secara Manual
- Pergi mana-mana cawangan TNB berhampiran anda.
- Isikan borang tukar nama, masukkan maklumat yang diperlukan
- Buat pembayaran dan urusan tukar nama selesai.
SOALAN LAZIM
Apakah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh owner lama dan owner baru?
- Tanggungjawab owner lama ialah tutup akaun beliau (dapat balik deposit) dan inform owner baru bila urusan beliau telah selesai.
- Tanggjungjawab owner baru, mohon semula menggunakan no akaun owner lama. Permohonan ini boleh dibuat secara online di www.mytnb.com.my
Apakah kelebihan tukar nama bil elektrik?
Kelebihan Tukar Nama TNB adalah:
- Pengguna/penyewa yang sebenar perlu bertanggungjawab terhadap bil eletrik
- Pengguna/penyewa dapat akses secara terus terhadap caj bil eletrik
- Memberikan keselamatan dan ketenangan kepada pemilik premis sekiranya penyewa tidak membayar kerana liabiliti adalah keatas pengguna selepas tukar nama TNB.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjt dan pertanyaan mengenai tukar nama Bil Elektrik, anda boleh:
- Layari web rasmi TNB: mytnb.com.my
- Hubungi TNB careline: 1-300-88-5454
ARTIKEL LAIN
BAYAR CUKAI TANAH ONLINE 2021 (Cara Semak Kadar Cukai Setiap Negeri)
CARA BAYAR BIL AIR ONLINE (MAYBANK2U CIMB CLICKS MYBSN BANK ISLAM JOMPAY)
CARA BAYAR BIL ELEKTRIK ONLINE(Guna Aplikasi myTNB & Maybank2u CIMB CLICKS RHB Bank Rakyat dan Public Bank iaitu melalui JOMPAY)
Saya mahu menyemak kelulusan bayaran bpr fasa3
Berapa kos harga nak tukar nama ke pemilik baru- area johor
Owner lma nak close acnt then kna buat actn tnb baru brp cosnya owner umh nie blm tukar acnt baru dah 11 thn baru timbul isu ini so mcm mna na setelkan
Saya nak tahu apa kh kalau tukar nama perlu sedia kan dokument.. seperti sijil kematian atau yang berkaitan?
Saya pewaris rumah arwah suami saya. Tapi dalam bill nama arwah bapa mertua,