Jika anda penduduk Kuala Lumpur atau pernah mengunjungi bandaraya Kuala Lumpur,anda perlu check saman DBKL untuk mengetahui status kenderaan anda.Mungkin anda terlepas pandang atau tercicir surat saman DBKL.Jadi anda boleh semak saman DBKL disini.Berikut adalah caranya:
Check Saman DBKL Guna Web DBKL
Untuk memeriksa saman DBKL secara atas talian, ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Layari laman web DBKL untuk semak saman di https://klstep.dbkl.gov.my/semak_kompaun/
- Masukkan nombor kenderaan anda pada ruang yang disediakan.
- Masukkan juga nombor kad pengenalan anda.
- Klik pada butang ‘Proses’.
Jika anda mempunyai saman yang belum diselesaikan, maklumat tersebut akan dipaparkan dalam hasil semakan.
Dengan menggunakan kemudahan atas talian ini, anda dapat memeriksa status saman DBKL dengan mudah tanpa perlu mengunjungi pejabat atau melalui cara tradisional yang lain.
Check Saman DBKL Guna Aplikasi Mobis
Aplikasi Mobis (Mobile Intergrated Service) adalah aplikasi mudah alih yang dapat membantu warga kota Kuala Lumpur untuk membuat bayaran dalam talian bagi perkhidmatan seperti Notis Kompaun, Cukai Taksiran dan perbaharui lesen DBKL.
Di masa akan datang, kami akan menambah fungsi bagi bayaran Sewa Perumahan Awam DBKL, Bayaran Bil Air DBKL dan lain-lain bayaran lagi bagi memudahkan urusan pembayaran perkhidmatan DBKL kepada warga kota.
Tarikh Tawaran Diskaun Saman DBKL 2024
Akan dikemaskini
Artikel Lain > CARA BAYAR SAMAN DBKL ONLINE(Tawaran Kadar Khas)