CHECK STATUS PERMOHONAN BKM 2022 (Cara Buat Semakan Status)
Seperti yang anda sedia maklum, tarikh akhir untuk anda membuat permohonan dan kemaskini BKM adalah pada 31 Januari 2022.
Oleh yang demikian, bagi yang belum mengemaskini atau ingin memastikan permohonan diterima, anda boleh check status permohonan BKM 2022.
Sebagai info kepada pemohon, tarikh bayaran BKM Fasa 1 adalah pada bulan MAC 2022.
CHECK STATUS PERMOHONAN BKM 2022 (Cara Buat Semakan Status)
Semakan Status permohonan BKM 2022 boleh dibuat melalui 2 kaedah berikut:
i) Melalui Semakan Status dan LOG MASUK MyBKM
- Layari portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan
- Tekan butang Semakan Status
- Jika sistem telah menerima permohonan anda, status ‘Permohonan Diterima’ akan dipaparkan.
ii) Melalui Peti Mel
Anda juga boleh membuat semakan melalui peti mel. Rujukcaranya di bawah:
- Layari portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my;
- Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan
- Sila klik ‘Peti Mel’.
- Anda akan menerima notis permohonan Bantuan Keluarga Malaysia
SOALAN LAZIM
Apakah fungsi MyBKM?
MyBKM adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BKM 2022 untuk tujuan:
i. Kemas Kini Permohonan; atau
ii. Semakan Status Permohonan; atau
iii. Cetakan permohonan; atau
iv. Peti Mel; atau
v. Maklum Balas
Saya telah berjaya daftar MyBKM, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk MyBKM. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:
a) Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan
- Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
b) Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini
MAKLUMAT LANJUT TENTANG BKM 2022
Untuk mendapatkan info terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BKM 2022, sila rujuk
- Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my
ARTIKEL LAIN
LUPA KATA LALUAN BKM (Cara Reset ID & Tukar Password)
Duit BKM Bayaran BKM Fasa 1 Dah Masuk Bank Ke Belum?
Mohon maaf kepada tuan saya minta bantuan kepada tuan kerana saya terlupa kata laluan saya kerana masalah Talipon saya punya retak tidak boleh nampak Mohd simpati
Maaf tuan saya ingin minta kata laluan saya
Tuan,
Permohonan saya tidak lulus menyebabkan alasan penyerahan pengesahan perkhawinan, saya dah hantar semua document ke LHDN bulan Jan 2021 semasa suami meninggal dunia. Mendiang saya adalah seorang BPN 2020, saya dan menunggu dah 4 bulan, barulah didapati tahu tidak lulus dalam alasan pengesahan. Harap tuan dapat memberi pertolongan kepada saya dalam keadaan kesusahansekarang dan 3 anak masih belajar yang berumur 15,13 dan 8. sekian terima kasih.
Perlu bantuan laluan kata masuk