PERMOHONAN STATUS BUMIPUTERA SABAH(Contoh Surat Apply Native Certificate)
Status Bumiputera merupakan klasifikasi sosio-ekonomi yang ketara di Malaysia. Bagi penduduk di negeri Sarawak, adalah penting untuk memahami kepentingannya dan prosedur untuk pengesahannya. Disini kami akan kongsikan kepada anca cara permohonan status bumiputera Sabah, semoga membantu.
APA ITU PERMOHONAN STATUS BUMIPUTERA SARAWAK
Bumiputera di Sabah atau Penduduk asal Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai Bumiputera atau Pribumi, terdiri daripada sekurang-kurangnya 35 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah Borneo.
KEISTIMEWAAN STATUS BUMIPUTERA SABAH
Keistimewaan Bumiputera adalah dasar yang dilaksanakan di Malaysia yang memberi kelebihan tertentu kepada masyarakat Bumiputera, yang dianggap sebagai penduduk asli atau penduduk asli negara.
Dasar ini diwujudkan untuk membantu membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara Bumiputera dan penduduk etnik Cina dan India di negara ini. Keistimewaan ini boleh termasuk layanan keutamaan dalam bidang seperti pendidikan, perumahan, kewangan, perniagaan dan pekerjaan.
BAHASA RASMI NEGERI SABAH
Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan,Lundayeh, Tombonuo, Sungai, Sama, Brunei, Murut dan lain-lain.
Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).
SENARAI KAUM/ETNIK BUMIPUTERA SABAH
Berikut adalah merupakan senarai Kaum/Etnik di Sabah iaitu:
- Kaum Kadazan-Dusun
- Bajau
- Rungus
- Samah
- Brunei
- Tagahas
- Kagayan
- Murut
- Orang Sungei
- Iranun
- Bonggi
- Kwijau
- Paitan
- Lun Bawang
- Lundayeh
- Kedayan
- Iban (Iban Merotai)
- Binadan
- Bisaya [2]
- Bugis
- Melayu Kokos
- Rumanau
- Lotud
- Minokok
- Tidung
- Rungusĺ
- Kedayan
- Ubian
- Kimaragang
- Ida’an
- Inokang
- Sonsogon
- Mangkak
- Bulungan
- Suluk
Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan keempat yang terbesar selepas kaum Kadazandusun, Bajausama dan Murut.
BAYARAN PROSES PERMOHONAN STATUS BUMIPUTERA SABAH
Kadar bayaran akan dikenakan sebanyak (akan dikemaskini) bagi setiap permohonan.
CARA PERMOHONAN STATUS BUMIPUTERA SABAH
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan iaitu:
- Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Daerah di Sabah
ARTIKEL LAIN:
Semakkan status bumiputera