Apa Itu Cukai Petak Selangor?
Cukai petak merujuk kepada cukai yang dikenakan ke atas setiap hakmilik strata seperti pangsapuri, apartmen, kondominium, town house, dan komuniti berpagar serta berpengawal (gated and guarded community). Cukai ini petak Selangor menggantikan pengenaan cukai tanah bagi pemilik hartanah strata.
Berbeza dengan cukai tanah yang biasa, cukai petak tidak dikenakan kepada pemilik rumah atas tanah, tetapi tertumpu kepada pemilik harta berstrata seperti yang disenaraikan di atas.
Bagaimana Cukai Petak Berfungsi?
Cukai petak bukanlah tambahan kepada cukai tanah yang sedia ada, tetapi menggantikan sistem cukai tanah untuk harta berstrata. Ini bermakna setiap pemilik petak bertanggungjawab untuk membayar cukai ini secara individu, tanpa perlu bergantung kepada pengurusan bersama (Joint Management Body atau JMB) seperti sebelum ini.
Sebelum pemilikan harta strata dipindahmilik dari pemaju kepada pembeli, pembeli bertanggungjawab untuk membayar cukai petak. Ini memastikan bahawa tanggungan cukai tidak tertangguh dan tidak bergantung kepada pengurusan bersama selepas pemilikan dikosongkan (“vacant possession”).
Kelebihan Sistem Cukai Petak
Sistem ini dirancang untuk melindungi kepentingan setiap pemilik petak dengan memudahkan proses pindahmilik hartanah strata tanpa terhalang oleh tunggakan cukai tanah induk seperti sebelum ini. Setiap pemilik petak sekarang membayar cukai mereka sendiri, memastikan ketelusan dan keadilan dalam pentadbiran cukai.
Cara Semakan dan Bayaran Cukai Petak Selangor
Untuk semakan cukai petak, langkah-langkahnya sama seperti semakan cukai tanah melalui Pejabat Tanah dan Galian negeri masing-masing. Bayaran boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web rasmi Pihak Berkuasa Tempatan mengikut negeri pemilikan hartanah anda.
Untuk semakan dan bayaran cukai petak di Selangor, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Laman Web e-Hasil Selangor:
- Pergi ke laman web e-Hasil Selangor untuk semakan cukai tanah dan petak: e-Hasil Selangor.
- Semakan Cukai Petak:
- Di laman web e-Hasil, cari dan klik pilihan untuk semakan cukai petak.
- Masukkan Maklumat Yang Diperlukan:
- Anda perlu masukkan maklumat tertentu seperti nombor akaun cukai atau maklumat harta untuk proses semakan. Pastikan maklumat yang dimasukkan tepat dan betul.
- Klik Butang Semak:
- Selepas memasukkan maklumat yang diperlukan, klik butang “Semak” atau seumpamanya untuk melanjutkan semakan.
- Hasil Semakan:
- Maklumat mengenai status cukai petak akan dipaparkan di skrin. Anda boleh menyemak bayaran yang perlu dibuat atau status keseluruhan cukai petak.
- Bayaran Online:
- Jika diperlukan, teruskan untuk membuat bayaran secara atas talian melalui pautan yang disediakan di laman web e-Hasil Selangor.
Setiap negeri mungkin mempunyai kaedah alternatif untuk semakan dan bayaran cukai pintu yang disediakan di laman web mereka.
Artikel Lain
PERMOHONAN BAHARU BINGKAS SELANGOR 2024(Semakan Kelulusan Tarikh Bayara