DAFTAR MyZURICHLIFE:CARA REGISTER LOGIN PORTAL PELANGAN(myzurichlife.com.my)
Mulai 1 Febuari 2021, semua pelanggan insuran Zurich Malaysia samada MyAccount atau MyPolicy akan menggunakan hanya satu portal iaitu iaitu MyZurichLife.
Kini, anda hanya perlu mengakses dan menguruskan semua insurans serta maklumat takaful anda dan keluarga didalam satu platform sahaja. Ianyanya sangat mudah dan menjimatkan masa anda dengan hanya login MyZurichLife.
Bahkan. Jika anda register MyZurichLife, terdapat pelbagai ganjaran eklusif dan menarik menanti. Tunggu apa lagi jom daftar MyZurichLife.
APAKAH MyZURICHLIFE?
MyZurichLife adalah satu platfom atau aplikasi mudah kepada pelanggan Zurich dan bukan pelanggan yang menetap di Malaysia. Boleh dikatakan ianya satu keistimewaan daripada Zurich.
Melalui MyZurichLife, pengguna dapat melihat dan menguruskan maklumat polisi atau sijil insuran mereka, serta melakukan transaksi dalam talian dengan selamat pada bila – bila masa, di mana sahaja.
CARA DAFTAR MyZURICHLIFE(Register Online)
Untuk menikmati kemudahan yang disediakan melalui MyZurichLife, anda perlu register melalui portal https://myzurichlife.com.my/ terlebih dahulu. Berikut adalah caranya :
- Buka portal https://myzurichlife.com.my terlebih dahulu. Pada paparan muka hadapan klik pada butang Login/Register pada bahagian atas sebelah kanan paparan.
- Selanjutnya akan menunjukkan paparan Selamat Datang ke MyZurichlife. Pada paparan ini sila baca info penting yang tertera.
- Bagi pengguna baharu, sila tekan pada butang Daftar Sekarang.
- Pada halaman pendaftaran, masukkan alamat emel anda dengan lengkap. Tekan Langkah Seterusnya.
- Satu emel daripada MyZurichLife Team akan dihantar. Sebelum meneruskan langkah seterusnya, sila sahkan alamat emel anda terlebih dahulu. Apabila emel anda disahkan, barulah anda boleh membuat pendaftaran.
- Pada paparan registration, lengkapkan maklumat peribadi anda. Masukkan nombor telefon semasa anda gunakan. Ini penting kerana nombor telefon anda akan disahkan.
- Setelah selesai megisi maklumat peribadi, tekan pada butang Request OTP. 6-digit nombor OTP akan dihantar ke telefon anda dan anda diminta untuk memasukkan nombor tersebut bagi membuat pengesahan nombor telefon bimbit anda.
- Register anda selesai! Untuk login, anda perlu menekan butang Return to Login. Masukkan alamat emel yang telah anda daftarkan sebagai ID Pengguna.
SOALAN LAZIM
Apakah kelebihan yang tedapat melalui daftar MyZurichLife?
Melalui MyZurichLife anda boleh :
- Membuat pembayaran dalam talian (CASA & Kad Kredit)
- Mendaftar kad kredit / kad debit
- Mengemaskini buturan peribadi
- Mengemaskini butiran akaun bank
- Data dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
- Muat turun kontrak polisi / sijil
- Muat turun medical card anda
- Melihat keistimewaan polisi penuh / sijil secara terperinci
- Membuat tuntutan klaim
Adakah pendaftaran MyZurichLife tamat tempoh?
Tidak. Pendaftaran MyZurichLife tidak tamat tempoh.
Bolehkah saya daftar lebih daripada satu MyZurichLife?
Tidak. Hanya satu pendaftaran sahaja bagi seseorang individu yang mempunyai Kad Pengenalan yang sah.
ARTIKEL LAIN
Jika anda pelanggan Takaful Great Eastern,boleh daftar i-GET IN TOUCH
Jika anda pelanggan Takaful PRUBSN,boleh daftar PRUBSN TOUCH
Cannot register