DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA (Cara Daftar & Langgan Bayar Bil)
DISNEY+HOTSTAR telah tiba di Malaysia bermula 1 Jun lalu. Mulai Tarikh tersebut,kini, dapat menontonnya melalui peranti pilihan sama ada telefon bimbit, komputer riba, tablet atau pun Android TV/Apple TV.
Bagi perkongsian kali ini, kami akan berkongsikan tentang cara untuk anda melanggan dan akses DISNEY+ HOTSTAR Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Perkhidmatan penstriman ini tidak hanya memiliki konten dari House of Mouse, tetapi juga menayangkan filem tempatan.
Baca juga CARA DAFTAR ASTRO GO
CARA LANGGAN DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA
Anda boleh langgan dengan 2 cara sama menggunakan aplikasi telefon pintar atau melalui website. Untuk tutorial ini, akan ditunjukkan menggunakan aplikasi sahaja. Pastinya lebih mudah
- Download aplikasi Disney+ Hotstar
- Kemudian klik butang “Subcribe” yang berada di atas
- Klik “Continue”
- Masukkan nombor telefon dan kod OTP akan dihantar melalui SMS.
- Masukkan kod tersebut dan klik “Continue”.
- Seterusnya masukkan nama anda dan pilih jantina dan klik “Continue”
- Anda boleh mula buat bayaran dengan 2 cara sama ada menggunaakn kad debit/kredit atau bayar menggunakan perbankan online
CARA LANGGAN DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA UNTUK PELANGGAN ASTRO
Sekiranya anda pelanggan Astro, anda boleh mengaktifkan akses Disney+ Hotstar anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Pergi ke astro.com.my/Disney
- Log masuk dengan ID Astro anda
- Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk mengaktifkan hak anda
- Masukkan Pin (OTP)
- Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar atau pergi ke DisneyplusHotstar.my
- Log masuk dengan nombor telefon bimbit dan OTP anda
CARA LANGGAN DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA UNTUK APPLE TV
Sekiranya anda ingin menggunakan peranti di ruang tamu seperti Apple TV, anda perlu memuat turun aplikasi ini terlebih dahulu, kemudian ikuti langkah-langkah di bawah:
- Buka aplikasi Disney + Hotstar pada peranti
- Anda akan ditunjukkan kod
- Pergi ke www.hotstar.com/my/activate melalui telefon atau komputer riba anda
- Log masuk ke akaun Disney+ Hotstar anda
- Masukkan kod yang ditunjukkan di TV
PERANTI DAN GADGET YANG MENYOKONG DISNEY+ HOTSTAR
Telefon atau tablet
- Android mobile 4.4.4+
- iOS v10+
- iPad v10+
- Mobile web
Peranti di ruang tamu rumah
- Android TV (OS 7.0 atau ke atas)
- Chromecast [Gen2 ke atas (Firmware 1.43+)]
- Apple tvOS 11+ (Gen 4 ke atas)
Desktop atau laptop browser
- Chrome (versi 75+)
- Safari (version 11+)
- Microsoft Edge (versi 79+)
- Firefox
CARA AKTIFKAN DISNEY+ HOTSTAR DI ASTRO ULTRA BOX (Pengguna Pek Movies)
Berikut adalah merupakan cara untuk aktifkan disney + hotstar:
- Layari pautan: https://product.astro.com.my/apps/disney
- Pada laman utama klik pada I’am An Existing Astro Customer. Sekiranya anda pelanggan baharu boleh klik pada I’am Not an Astro Customer
- Log masuk menggunakan Astro ID anda (sekiranya anda pilih Astro Customer)
- Seterusnya masukkan nombor telefon anda dan masukkan OTP yang diterima untuk pengesahan
- Kemudian pada remote control Astro anda tekan butang ‘Home’ dan pilih ikon Disney+ Hotstar
- Klik pada mana-mana kandungan dan anda akan menerima 4-digit kod pengesahan
- Seterusnya klik pada tv.hotstar.com menggunakan smartphone anda dan login menggunakan nombor telefon yang anda daftarkan pada awalnya tadi dengan memasukkan 4-digit kod tersebut
- Anda akan menerima notifikasi anda telah berjaya untuk login di TV dan klik pada Start Watching
- Selesai
YURAN LANGGANAN DISNEY+ HOTSTARMALAYSIA
- Disney+ Hotstar Malaysia menawarkan hanya satu bentuk langganan terbuka buat masa ini. Ia boleh dilanggan pengguna di Malaysia pada harga RM54.90 untuk 3 bulan.
CARA DAFTAR DISNEY+HOTSTAR MALAYSIA
Kepada yang ingin mendaftar, berikut adlaah merupakan caranya:
- Layari laman web Disney+ Hotstar atau aplikasi mudah alih. web hotstar.com/my
- Pada menu utama klik pada Langgan.
- Paparan akan menunjukkan keterangan beberapa perkara tentang Disney+ Hotstar. Antaranya muat turun tanpa had, berbilang peranti, alih suara dalam bahasa melayu, tanpa iklan dan Dolby Audio.
- Kini hanya ada 1 jenis langganan di sini iaitu RM54.90 untuk 3 bulan. Tekan butang Teruskan jika bersetuju untuk melanggan pada harga ini.
- Kemudian, masukkan Nombor Ttelefon anda dan klik Teruskan.
- Anda akan menerima nombor kod 4 digit melalui SMS, masukkan no kod tersebut di laman pendaftaran dan klik Teruskan.
- Kemudian anda dikehendaki untuk pengguna mengisi:
- Nama (tidak perlu nama sebenar)
- Jantina
- Tekan Selesai untuk mengakhirinya pendaftaran.
CARA BAYAR DISNEY+HOTSTARMALAYSIA
Seteleh selesai pendaftaran, anda akan dibawa ke laman pembayaran. Terdapat beberapa cara pembayaran disediakan di laman ini iaitu:
- Menggunakan kad kredit dan kad debit
- pengguna perlu memasukkan nombor kad tarikh luput, nombor CVV dan nama.
- Perbankan dalam talian.
- Pengguna perlu memilih bank yang ingin digunakan dan akan dibawa ke laman daftar masuk perbankan yang dipilih untuk membuat bayaran. Sebanyak 17 perbankan dalam talian diterima iaitu:
- CIMB Clicks
- Maybank2u
- RHB Now
- Am Online
- Hong Leong Connect
- Affin Bank
- Bank Islam
- Public Bank
- OCBC Bank
- Standard Chartered Bank
- UOB Bank
- Alliance Bank
- Bank Rakyat
- Bank Simpanan Nasional
- Bank Muamalat
- HSBC
- Kuwait Finance House
- Pengguna perlu memilih bank yang ingin digunakan dan akan dibawa ke laman daftar masuk perbankan yang dipilih untuk membuat bayaran. Sebanyak 17 perbankan dalam talian diterima iaitu:
- Setelah selesai membuat pembayaran, maka anda bolehlah mula menonton Disney+ Hotstar.
CARA MENONTON DISNEY+HOTSTAR MALAYSIA
Berikut adalah merupakan cara menonton mengikut jenis platform yang digunakan iaitu:
- Pelayar Web
- Pengguna boleh pergi ke laman web www.hotstar.com/my dan tekan pada Log Masuk di sudut atas kanan. Log Masuk menggunakan nombor telefon seperti pendaftaran tadi dan nombor TAC akan diterima menerusi SMS.
- Aplikasi mudah alih
- Muat turun aplikasi mudah alih di Google Playstore atau Apple Appstore. Lancarkan aplikasi dan Log Masuk menggunakan nombor telefon yang didaftarkan.
- TV Pintar
- Melalui kotak TV Android, TV Pintar ataupun Apple TV, cara muat turun aplikasi hampir sama dengan aplikasi mudah alih. Tetapi ia tidak boleh daftar masuk menggunakan nombor telefon.
- Sebaliknya, selepas memasang aplikasi dan membukanya, ia akan memaparkan satu kod unik dan meminta pengguna membuka pelayar dan pergi ke hotstar.com/my/activate. Di sini, pengguna perlu memasukkan kod unik tadi selepas Log Masuk menggunakan nombor telefon. Setelah disahkan, maka anda akan boleh mula menonton Disney+ Hotstar di skrin TV besar.
Nota: pengguna hanya boleh menonton serentak di dua platform menggunakan Log Masuk yang sama. Tetapi tiada had untuk Log Masuk di semua platform.