AKAUN 3 KWSP (Cadangan Pengeluaran Berkala Pasca Persaraan)

Utama / AKAUN 3 KWSP / AKAUN 3 KWSP (Cadangan Pengeluaran Berkala Pasca Persaraan)

AKAUN 3 KWSP (Cadangan Pengeluaran Berkala Pasca Persaraan)

Kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini KWSP telah memperkenalkan cadangan pengeluaran berkala pasca persaraan yang dikenali sebagai Akaun 3 KWSP. Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat mengenai akaun ini, semoga membantu.

 

APA ITU AKAUN 3 KWSP

Akaun ini merupakan Cadangan Pengeluaran Berkala Pasca Persaraan yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa. . Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka bakal memperkenal Akaun ini untuk pencarum baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.

 

FUNGSI & TUJUAN AKAUN 3 

FungsiAkaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.
TujuanTujuan mewujudkan Akaun 3 ini perlu memberi pertimbangan dengan isu aliran tunai bersama isu krisis persaraan. Pada masa kini seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli mencapai umur 75.

 

TARIKH PELAKSANAAN AKAUN 3 KWSP

Untuk makluman anda, cadangan bagi akaun ini masih diteliti dan tarikh pelaksanaan masih belum ditentukan.

 

KELEBIHAN AKAUN 3 KWSP

Berikut adalah merupakan kelebihan cadangan akaun 3 ini iaitu:

  • Bagi memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.
  • Untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.
  • Menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.
  • Kepada ahli yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.
  • Mempunyai tawaran dividen, walaubagaimanapun kemungkinan ianya lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.

 

SYARAT KELAYAKAN AKAUN 3 KWSP

Untuk makluman anda, pada masa kini masih dalam peringkat cadangan dan syarat khusus masih belum ditetapkan.

  • Rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.
  • Pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010.

 

CARA PERMOHONAN AKAUN KWSP 3

Pada masa kini iainya masih lagi dalam peringkat cadangan. cara permohonan akan dikemaskini kemudian setelah cadangan ini dilaksanakan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, anda boleh merujuk melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti berikut:

ARTIKEL LAIN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *