E-BATAL 2024:CARA BATALKAN PINJAMAN BANK KENDERAAN

BAGAIMANAKAH CARA BATALKAN PINJAMAN BANK PADA KENDERAAN?

Sekiranya anda membeli kenderaan secara ansurans, pada bahagian bawah geran kenderaan anda akan terdapat satu ayat tertera ” Hak Milik Dituntut Oleh: XXXX “. Ini bermaksud kenderaan tersebut adalah hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan dan kenderaan tersebut bukan hak milik anda sepenuhnya.Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit adalah dengan menghapuskan status hak milik dari bank/peminjam kepada hak milik anda secara sepenuhnya dengan lakukan proses e-Batal.

APA ITU E-BATAL

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

PROSES E-BATAL

e-Batal adalah urusan menyelesaikan hak milik dari bank/pemberi pinjaman. Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.

CARA SELESAIKAN EBATAL DI JPJ

Setelah anda menyelesaikan ansuran kenderaan anda, berikut adalah cara selesaikan e-batal di JPJ:

  1. Anda akan menerima geran asal oleh syarikat kenderaan yang anda berurusan.
  2. Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini.
    • Caranya adalah anda hubungi kepada Bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
  3. Anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik Bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama Bank peminjam daripada geran asal kenderaan tersebut.
  4. Pastikan terdapatnya cop EBatal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur dari JPJ.
  5. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya.
  6. Selesai

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara batalkan pinjaman bank kenderaan anda, anda boleh layari Website rasmi JPJ http://public.jpj.gov.my/Online/public/reg_WebHelp/Maklumat_Tuntutan_Hak_Milik.htm

ARTIKEL LAIN

MySikap JPJ: CARA DAFTAR ONLINE & LOGIN KALI PERTAMA

CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)

Share your love

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *