EASYSTORE: CARA DAFTAR/LOGIN/LANGGAN/BAYAR PAKEJ LAMAN ECOMMERCE SENDIRI
Cara Buat Laman Ecommerce Sendiri Dengan Easystore. Membina laman ecommerce kini bukan satu perkara yang terlalu sukar. Ini kerana terdapat pelbagai platform yang membenarkan dan memudahkan kita untuk buat laman ecommerce kita sendiri tanpa perlu mengupah pereka laman ecommerce.
Bagaimana cara daftar EasyStore? Disini kami kongsikan cara daftar, melanggan dan membayar pakej Easy Store, semoga membantu.
APA ITU EASYSTORE
Easy Store adalah salah satu platform e-dagang yang paling popular di Malaysia. Harga yang berpatutan digabungkan dengan ciri e-commerce yang kuat menjadikannya salah satu pilihan platform teratas untuk penggemar, dan juga perniagaan. Sistemnya yang memudahkan anda berkenaan IT/Komputer menggunakannya.
PAKEJ EASYSTORE
Berikut adalah merupakan pakej yang tersedia Easy Store:
- Lite Plan: RM59/Bulan
- Standard Plan: RM199/Bulan
- Business Plan: RM400/Bulan
CARA DAFTAR EASYSTORE
Easy Store tidak mengenakan sebarang bayaran kepada anda untuk menubuhkan kedai anda berbanding dengan laman web tersuai. Berikut adalah cara daftar Easy STore:
- Layari website Easystore : https://www.easystore.co/ms-my
- Pilih pilihan bahasa anda inginkan
- Klik pada Mula Berniaga untuk register
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
- Nama Kedai anda
- Nama Pertama dan Terakhir
- Nombor Telefon
- Ciptakan Kata Laluan anda
- Seletelah lengkap semuanya, tekan Daftar
CARA LOGIN EASYSTORE
Setelah selesai proses pendaftaran seperti di atas, anda boleh Login akaun Easy Stote anda. Berikut adalah cara Login:
- Layari website Easystore : https://admin.easystore.co/login
- Masukkan alamat Email anda
- Masukkan Password anda
- Tekan Log masuk
- Anda telah berjaya Login akaun anda
CARA PEMBAYARAN PAKEJ EASYSTORE
Untuk melanggan pakej Easy Store, anda hendaklah Login akaun Easy Store anda terlebih dahulu. Berikut adalah cara pembayaran pakej:
- Log masuk akaun Easy Store anda
- Pada laman homepage klik pada ricing menu di atas
- Pilih pakej yang anda mahukan:
- Lite Plan: RM59/Bulan
- Standard Plan: RM199/Bulan
- Business Plan: RM400/Bulan
- Kemudian Maklumat seperti
- Nama
- Kad debit/kad kredit untuk bayaran
- Setelah lengkap maklumat tersebut, klik pada purchase untuk membuat bayaran
- Pembayaran anda telah selesai
SOALAN LAZIM
Kenapa perlu ada laman ecommerce sendiri?
- Menjadi bos sendiri
- Lebih sistematik dan automatik
- Lebih Professional
- Kawalan Harga
- Membina Pelanggan Setia
Bolehkah saya menaiktaraf pelan Easy Store saya bila-bila masa?
Ya, jika anda sedang melanggan kepada pelan bulanan, anda boleh menaiktarafkan pelan anda di halaman Akaun. Jika anda sedang melanggan kepada pelan tahunan, sistem Easy Store akan memaparkan baki yang perlu dibayar untuk menaiktarafkan pelan. Anda boleh teruskan dengan proses tersebut jikalau anda setuju untuk membayar amaun yang dipaparkan.
Bolehkah saya batalkan akau Easy Store saya bila-bila sahaja?
Ya, jikalau anda berasa agar Easy Store tidak sesuai dengan hala tuju bisnes anda, anda boleh batalkan langganan anda bila bila masa sahaja sebelum stor anda tamat tempoh di Tetapan > Billing > Cancel subscription.
Bagaimanakah cara mohon moratorium CIMB BANK?
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari Web rasmi Easy Store di pautan https://www.easystore.co/