Bagaimakah Cara Full Settlement Personal Loan Kereta Bank Rakyat?
Jika anda ingin menyelesaikan hutang pinjaman kereta anda dengan Bank Rakyat, berikut adalah langkah-langkah Full Settlement Bank Rakyat yang perlu anda ikuti:
Apa itu Full-Settlement? Sebelum kita mula, mari kita fahami apa maksudnya.
Fullsettlement merujuk kepada tindakan melunaskan keseluruhan baki pinjaman dengan Bank Rakyat, membebaskan anda dari sebarang hutang dengan bank tersebut.
Semakan Sebelum Full Settlement Loan
Pastikan tiada early loan Settlement fee
Cara Buat Full Settlement Loan Kereta BankRakyat
- Semak Baki Secara Online
- Log masuk ke portal Perbankan Internet rasmi Bank Rakyat di sini.
- Pilih ‘Personal Banking’ dan masukkan maklumat log masuk anda.
- Selepas log masuk, pergi ke ‘Account Info’, klik ‘Account Overview’, kemudian pilih ‘Loan & Financing’ untuk melihat baki pinjaman kereta Bank Rakyat anda.
- Hubungi Hotline Bank Rakyat
- Jika tidak dapat semak baki secara dalam talian, hubungi hotline Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454.
- Beritahu tujuan anda untuk menyelesaikan pinjaman kereta.
- Berikan maklumat mengenai nombor plat kenderaan atau nombor akaun Hire Purchase anda.
- Pegawai bank akan memberitahu baki pinjaman yang perlu dilunaskan dan prosedur untuk membuat full settlement.
- Kunjungi Cawangan Bank Rakyat
- Hadir ke mana-mana cawangan Bank Rakyat.
- Ambil nombor giliran di Auto Finance Centre atau Hire Purchase.
- Serahkan semua dokumen yang diperlukan kepada pegawai bank.
- Tunggu proses semakan baki dan maklum balas dari pegawai bank.
- Pegawai bank akan memberitahu anda jumlah yang perlu dibayar untuk menyelesaikan pinjaman kereta anda.
Ini adalah langkah-langkah mudah yang perlu diikuti untuk melakukan fullsettlement pinjaman kereta dengan Bank Rakyat. Pastikan anda memahami prosedur dan mempersiapkan semua dokumen yang diperlukan sebelum membuat lawatan ke cawangan bank.
Artikel Lain > E-BATAL(CARA BATALKAN PINJAMAN BANK KENDERAAN)