i-AKAUN VIEW MODE(Cara Daftar Call Hotline)

i-AKAUN VIEW MODE:CARA DAFTAR KWSP ONLINE(HUBUNGI HOTLINE @ KIOSK KWSP)

Pendaftaran secara atas talian dan pengesahan melalui panggilan telefon akan memberikan ahli akses terhadap i-Akaun dalam bentuk View Mode.

APA ITU i-AKAUN VIEW MODE?

i-Akaun viewmode merupakan akses ke paparan i-Akaun yang terhad kepada semakan maklumat sahaja.

Ahli tidak boleh membuat sebarang transaksi yang melibatkan penggunaan nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC). Hanya semakan maklumat sahaja dibenarkan.

CARA DAFTAR i-AKAUN VIEW MODE ONLINE(HUBUNGI KWSP)

Pendaftaran i-Akaun (view mode) boleh dibuat dengan menghubungi Hotline KWSP di 03-89226000 (8am-5pm) untuk mendapatkan Kata Laluan Sementara dan semakan nombor ahli KWSP (ID Pengguna Sementara).

Dengan pendaftaran ini, anda boleh membuat pengaktifan i-Akaun melalui pautan: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.

  1. Hubungi talian Hotline KWSP di 03-89226000 (8am-5pm) dan maklumkan kepada operator KWSP bahawa anda ingin mendaftar i-Akaun ViewMode.
  2. Kata Laluan Sementara dan semakan nombor ahli KWSP (ID Pengguna Sementara) akan diberi. Sila catatkan dengan teliti.
  3. Buka Portal KWSP di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  4. Gunakan Kata Laluan dan ID Pengguna yang diberikan tadi untuk mengakses i-Akaun.
  5. Ahli boleh menukar kata laluan i-Akaun view mode dengan memastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah aktif dan terkini.
  6. Anda boleh menggunakan i-Akaun ViewMode ini untuk menyemak baki dan kelayakan pengeluaran i-Citra.

NOTA: Tiada tempoh tamat ditetapkan untuk akses ke i-Akaunview mode ini.

SENARAI PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN i-AKAUN VIEWMODE ONLINE

Berikut adalah perkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui i-Akaun ViewMode

  • Semakan Baki Akaun
  • Semakan Caruman Semasa
  • Semakan Profil
  • Semakan Sejarah Pengeluaran
  • Semakan Kelayakan Pengeluaran
  • Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox

Bagi membolehkan anda mendapat akses penuh kemudahan i-Akaun seperti e-Pengeluaran, reset kata laluan, cetakan penyata, Penamaan, Simpanan Shariah, i-Invest dan sebagainya, anda perlu mendaftar nombor telefon TAC melalui kios KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.

CARA DAFTAR iAKAUN VIEW MODE ONLINE DI KIOSK KWSP

Pengaktifan i-Akaun Melalui Kios KWSP

Untuk aktifkan i-Akaun, pengesahan cap jari ahli perlu dilakukan bagi menjana Kod Pengaktifan i-Akaun menggunakan MyKad.Pengesahan cap jari ini boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kiosk KWSP.

Berikut adalah cara mengaktifkan i-Akaun di kios KWSP:

LANGKAH 1: Pengesahan Kad Pengenalan & Cap jari

Masukkan nombor kad pengenalan anda.Masukkan nombor telefon terkini (pastikan nombor telefon yang aktif) dan cap jari anda.

LANGKAH 2: Terima TAC

Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.

LANGKAH 3: Buka Laman Web i-Akaun

  1. Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit atau pergi ke pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukkan nombor ID serta password.
  3. Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
  4. Kemudian kemaskini password baharu.
  5. Selesai

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang permohonan i-CITRA KWSP, sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

ARTIKEL LAIN

Macam mana nak kemaskini nombor telefon KWSP?

Share your love

7 Comments

    • Assalamualaikum..
      Saya nak bertanya ,boleh ka saya memohon untuk mwmbeli lori 1tan..kepada kwsp..saya terkesan dengan covit19 ..dan ingin pulih kan keadaan..sekarang saya ..mencaribarang terpakai..dan dapat $60 sehari ..dan saya ingin jadi kan ia perniagaan.

    • Assalamualaikum.. saya dah tukar nombor telefon skrg ini saya pakai 0174089639 ini. Dulu saya pakai 0195249860

  1. Saya memohon bantuan kehilangan kerja dengan sebayak jumlah RM500.00
    di luluskan ke AKAUM PUBLIC ISLAMIC BANK
    No Akaun: 6827501431
    Secepat mungkin

  2. Saya ingin tahu berapa jumlah kwsp saya,Dan saya nk buat sambungan semula potongan kwsp saya sebab saya sudah bekerja semula.tq

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *