iRakyat Daftar Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online
Jika anda ingin menggunakan iRakyat Bank Rakyat Online,anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
MUAT TURUN APLIKASI iRakyat Bank Rakyat Online
Untuk memudahkan urusan anda, sila pasang aplikasi iRakyat Mobile Banking di telefon anda melalui pautan berikut:
- Untuk pengguna Android, sila dapatkannya dari Play Store.
- Bagi pengguna iOS, aplikasi boleh dimuat turun dari Apple Store.
CARA DAFTAR iRAKYAT MOBILE BANKING(iRakyat Bank Rakyat Online)
Sebagai pengguna baru, langkah pertama adalah mendaftar. Berikut adalah panduan pendaftaran:
- Masukkan nombor telefon di mesin ATM Bank Rakyat terdekat.
- Pergi ke mesin ATM BANK RAKYAT dan ikuti langkah-langkah berikut: a. Masukkan PIN ATM. b. Pilih menu. c. Tekan menu Internet Banking TPIN. d. Masukkan NOMBOR TELEFON dan TPIN.
- Buka aplikasi iRakyat Mobile Banking.
- Klik pada LOGIN > PERSONAL BANKING.
- Pilih FIRST TIME REGISTRATION / Register.
- Pilih KAD ATM (my debit card) atau gunakan temporary ID.
- Isi segala MAKLUMAT yang terdapat pada Kad Bank anda.
- Masukkan NOMBOR TELEFON yang didaftarkan di ATM.
- Masukkan TPIN yang didaftarkan pada ATM.
- Isi nombor TAC yang dihantar ke telefon anda.
- Masukkan USERNAME pilihan anda.
- Masukkan PASSWORD pilihan anda.
- Masukkan EMAIL anda.
- Masukkan SECURE PHRASE pilihan anda.
- Baca TERMA dan Syarat, kemudian tekan Confirm.
- Pendaftaran anda telah berjaya. Selesai.
NOTA: Jika anda telah mendaftar di laman web iRakyat sebelum ini, anda boleh log masuk terus menggunakan Username dan Kata Laluan anda.
CARA PENDAFTARAN MENGGUNAKAN KAD ATM/KAD DEBIT/KAD KREDIT
a) Memohon T-PIN melalui Mesin ATM Bank Rakyat:
- Kunjungi mesin ATM Bank Rakyat terdekat.
- Masukkan kad ATM dan No. PIN.
- Pilih menu ‘Others’.
- Pilih “Internet Banking T-PIN”.
- Masukkan nombor telefon bimbit anda (Pastikan no. HP anda sama seperti semasa membuat permohonan kad. Jika anda menukar no. HP, sila kunjungi cawangan Bank Rakyat untuk mengemaskini no. HP baru).
- Masukkan 6-digit Temporary Internet T-PIN pilihan anda.
- Masukkan sekali lagi 6-digit Temporary Internet T-PIN pilihan anda untuk pengesahan.
Nota: T-PIN hanya sah selama 24 jam. Hafalkan nombor ini atas faktor keselamatan, kerana ia tidak akan dicetak pada resit ATM.
b) Pendaftaran melalui Laman Web iRakyat:
- Log masuk ke www.irakyat.com.my.
- Pilih First Time Registration.
- Pilih ATM (MyDebit) Card/Debit Card/Credit Card no.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Baca dan setujui “Terma dan Syarat”.
- Pendaftaran selesai. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan perbankan internet Bank Rakyat.
- Perkhidmatan perbankan internet Bank Rakyat beroperasi dari 12:31 pagi – 11:59 malam setiap hari.
Cara Pendaftaran i-Rakyat Melalui ID Sementara (Tanpa Kad ATM/ Debit/ Kad Kredit)
a) Permintaan ID sementara Telefon Bank Rakyat Contact Centre di 1-300-80-5454 (Malaysia) atau +603- 5526 9000 (dari Luar Negara) & minta ID sementara.
b) Pendaftaran Login www.irakyat.com.my Pilih First Time Registration Plih Temporary ID Masukkan maklumat yang diperlukan dan ikuti langkah/ prosedur yang dipaparkan
CARA LOGIN iRAKYAT MOBILE BANKING
Setelah pendaftaran selesai, ikuti langkah berikut untuk log masuk ke iRakyat Mobile Banking:
- Buka aplikasi iRakyat Mobile Banking.
- Masukkan USERNAME anda dan tekan Login.
- Sahkan SECURE PHRASE anda.
- Masukkan PASSWORD anda.
- Isikan CAPTCHA dengan betul, kemudian tekan LOGIN.
- Jika semua berjalan lancar, anda berjaya log masuk dan boleh mengakses akaun Bank Rakyat anda.
CARA AKTIFKAN BANK RAKYAT iSECURE
Untuk mengaktifkan fungsi iSecure, ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi iRakyat Mobile Banking.
- Pada menu utama, klik iSecure.
- Baca maklumat tentang iSecure dan klik Next.
- Isikan USERNAME dan PASSWORD Maybank2u anda.
- Sahkan nombor telefon yang digunakan untuk OTP/TAC.
- Masukkan nombor OTP/TAC yang diterima.
- Isikan butiran NO KAD PENGENALAN anda dan klik Submit.
- Anda akan melihat maklumat “You have successfully registered for iSecure.” Klik Selesai.
Sekiranya terdapat perubahan atau perkembangan terkini, disarankan untuk merujuk kepada sumber rasmi Bank Rakyat
Artikel Lain
CARA PAJAK GADAI EMAS Di Ar-Rahnu Bank Rakyat(Buat Temujanji dulu)
Online transferrin
Aktif block bank rakyat