JAKESS:CARA BUAT TEMUJANJI & SEMAKAN PERKHIDMATAN DALAM TALIAN(jakess.gov.my)
Kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan Jabatan Kehakiman Negeri Selangor (JAKESS), anda diminta untuk membuat temujanji terlebih dahulu sebelum ke mahkamah.
Bagaimana cara ingin membuat temujanji urusan JAKESS? Disini kami kongsikan cara ingin membuat temujanji .
Anda juga boleh buat SEMAKAN STATUS PERKAHWINAN GUNA IC
PENGOPERASIAN DALAM TALIAN JAKESS
JAKESS juga menyediakan perkhdimatan dalam talian. Berikut adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan:
- Sistem e-Locator (Penetapan Bidangkuasa Mahkamah)
- Pengurusan Kes / Bicara Dalam Talian
- Semakan Tarikh Tangguhan / Prosiding
- Aplikasi Temujanji Perkhidmatan JAKESSs
- Borang Temujanji Pengambilan Perintah / Penghakiman Bertulis
- Muat Turun Borang-borang Mahkamah Syariah
- Semakan Status Perintah Mahkamah Syariah Selangor
- Sistem Pengurusan Aduan Awam
SEMAKAN PENGOPERASIAN MAHKAMAH
Sebelum anda membuat temujanji, anda dikehendaki membuat semakan pengoperasi untuk memastikan samada Mahkamah Rendah Syariah dibuka atau tidak di laman rasmi jakess.gov.my
CARA MEMBUAT TEMUJANJI ONLINE JAKESS
Sebagai peringatan, semasa temujanji anda dikhendaki:
- Sila pastikan tuan/puan menerima e-mel pengesahan untuk ditunjukkan kepada petugas kaunter saringan/perkhidmatan bagi kebenaran masuk untuk berurusan.
- Sila pastikan tuan/puan hadir tepat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
- Sila pastikan semua dokumen telah LENGKAP sebelum hadir untuk berurusan di kaunter Mahkamah.
- Pihak Mahkamah boleh membatalkan/menjadualkan semula sesi temujanji jika perkara 1 – 3 di atas tidak dipatuhi atau terdapat perubahan arahan dari semasa ke semasa.
Berikut adalah merupakan cara membuat temujanji :
- Layari pautan temujanji online: www.picktime.com/jakess.
- Pilih lokasi mahkamah yang akan anda hadiri.
- Pilih perkhidmatan kaunter.
- Pilih tarikh dan masa untuk anda hadir.
- Masukkan maklumat anda seperti:
- Nama Penuh
- Emel
- Nombor telefon
- Nota (jika perlu)
- Tekan Buat Tempahan.
- Tempahan anda telah disahkan. Emel akan dihantar untuk pengesahan.
- Selesai
WAKTU OPERASI KAUNTER
Sekiranya anda telah mendapat temujanji anda, berikut merupakan waktu operasi kaunter :
- Isnin hingga Khamis
- Operasi kaunter ( 8.00 pagi – 4.30 petang )
- Waktu Pendaftaran & Pembayaran ( 8.00 pagi – 1.00 petang)
- Waktu Pembayaran ( 2.00 petang – 3.00 petang)
- Jumaat
- Operasi Kaunter (8.00 pagi – 4.30 petang)
- Waktu Pendaftaran & Pembayaran ( 8.00 pagi – 11.30 pagi )
SOALAN LAZIM
Bagaimana saya boleh mendapatkan khidmat nasihat rundingcara?
Perkhidmatan rundingcara dilaksanakan secara dalam talian telefon. Sesi runding cara melibatkan perkhidmatan runding cara kepada pelanggan yang tidak perlu hadir secara fizikal ke Mahkamah.
Bagaimanakah cara berurusan dengan Mahkamah?
Segala urusan mahkamah termasuk Wakalah/afidavit/Majlis Sulh/perbicaraan/sebutan kes boleh dibuat melalui sidang video dengan permohonan dan persetujuan bersama Plaintif/Pemohon dan Defendan/Responden.
Sekiranya saya gagal mendapatkan perkhidmatan secara atas talian, apa yang boleh saya buat?
Sebarang pertanyaan dan janji temu bagi perkhidmatan yang tiada kemudahan aplikasi dalam talian, boleh hubungi talian telefon premis Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang berkaitan seperti di laman sesawang www.jakess.gov.my.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai temujanji JAKESS, anda boleh layari web rasmi di pautan jakess.gov.my
Tuntutan nafkah anak
Saya sudah daftar online utk temujanji kes penceraian sy tapi sampai sekarang masih belum ada maklum balas dari pihak mahkamah? blh tolong saya?