KAD PESARA HILANG ROSAK(Cara Buat Kad Pencen)

PERMOHONAN GANTIAN KAD PESARA HILANG (Cara Buat Kad Pencen Rosak)

Kepada para pesara, sudah semestinya anda akan memiliki kad Pesara anda. Tetapi bagaimana jika kad pesaa anda hilang atau rosak? Sudah tentu perlu dibuat baharu badi kad pesara hilang atau rosak. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

APA ITU KAD PESARA

Kad pesara merupakan kad pengenalan atau kad identiti seseorang pesara perkhidmatan awam Malaysia. Di antara kelebihan kad pesara adalah pemilik kad ini akan memperoleh kemudahan rawatan percuma di semua hospital / pusat kesihatan kerajaan. Kemudahan rawatan percuma ini juga akan turut dinikmati oleh tanggungan pesara (pasangan dan anak).

Selain itu, pemegang kad pesara juga layak untuk menikmati diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) setelah kad pesara kerajaan Malaysia diterima sebagai salah satu kad yang diterima untuk kad diskaun 1Malaysia / kad integrasi rakan dagang berdasarkan konsep perkongsian pintar di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan berkuatkuasa mulai pada 21 Mac 2013.

KELAYAKAN WAD PEMILIK KAD PESARA

Kelayakan Wad
(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)”

  • Gred 45 ke atas
Kelas 1A (bilik seorang)
  • Gred 31 – 44:
Kelas 1B (Bilik Berdua)
  • Gred 21 – 30
Kelas 1C (Bilik Bertiga)
  • Gred 1-20
Kelas 2 (bilik berempat)

Nota: tertakluk kepada ‘availability’ bilik-bilik tersebut di hospital Kerajaan

KOD-KOD DALAM KAD PESARA KERAJAAN

Berikut merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera di Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Pesara:

  • AP : Pesara Awam Persekutuan
  • AN: Pesara Awam Negeri
  • AB: Pesara Awam Badan Berkanun
  • AK: Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan
  • AX: Pesara Awam Kesihatan Persekutuan
  • AY: Pesara Awam Kesihatan Badan Berkanun
  • AZ: Pesara Kesihatan Tentera
  • AT: Pesara Angkatan Tentera
  • AS: Pesara Polis
  • AW: Pesara Awam Kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan

Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan – setelah kematian pesara)

  • BP : Pasangan Pesara Awam Persekutuan
  • BN: Pasangan Pesara Awam Negeri
  • BB: Pasangan Pesara Awam Badan Berkanun
  • BK: Pasangan Pesara Awam Kuasa Tempatan
  • BX: Pasangan Pesara Awam Kesihatan Persekutuan
  • BY: Pasangan Pesara Awam Kesihatan Badan Berkanun
  • BZ: Pasangan Pesara Kesihatan Tentera
  • BT: Pasangan Pesara Angkatan Tentera
  • BS: Pasangan Pesara Polis
  • BW: Pasangan Pesara Kesihatan PBT

CARA PERMOHONAN GANTIAN KAD PESARA HILANG ROSAK

Sekiranya anda ingin membuat permohonan gantian kad pesara baharu bagi hilang atau rosak, beikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun borang Permohonan Kemaskini Maklumat / Gantian Kad Pesara
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan terseut dengan lengkap
  3. Scan dan emailkan borang tersebut ke alamat email [email protected]
  4. Anda juga boleh hadirkan diri untuk menghantar borang tersebut di kaunter perkhidmatan di:
    • Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
    • Jabatan Perkhdimatan Awam
    • SUK Negeri Kelantan
    • SUK Negeri Melaka
    • SUK Negeri Sembilan
    • SUK Negeri Pulau Pinang
    • SUK Negeri Kedah
    • SUK Negeri Terengganu
    • SUK Negeri Pahang
    • SUK Negeri Johor
    • SUK Negeri Perak
    • SUK Negeri Perlis

ARTIKEL LAIN:

Share your love

One comment

  1. Saya tidak dapat melengkapkan borang permohonan gantian kad pesara yang hilang di ruangan No Siri Kad Pesara (terlupa)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *