KOD TIDAK LULUS GKP 3.0 (SENARAI DOKUMEN SOKONGAN RAYUAN)
Memetik semula apa yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan pada 8 Jun 2021, semakan status kelulusan GKP 3.0 boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 manakala bayaran akan dikreditkan secara rasmi mulai 10 Jun 2021.
Namun terdapat sesetengah peniaga yang telah membuat permohonan mendapati permohonan mereka tidak lulus GKP 3.0 .
Oleh yang demikian, anda harus teliti KOD TIDAK LULUS GKP 3.0 yang mungkin boleh menjadi rujukan untuk anda membuat proses rayuan nanti.
KOD TIDAK LULUS GKP 3.0
- KOD 01
Sebab : TIDAK BEROPERASI
Keterangan : Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2021 pada boring
- KOD 02
Sebab : JUALAN 0 ATAU JUALAN > 300K
Keterangan : Jualan adalah 0 atau melebihi RM300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
- KOD 03
Sebab : Jualan > 300K
Keterangan : Jualan melebihi RM300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
- KOD 04
Sebab : TIDAK WUJUD DI AGENSI
Keterangan : Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 28 Februari 2021(LHDNM, SSM atau PBT)
- KOD 05 / 06
Sebab : PEKERJA MELEBIHI 5 ORANG
Keterangan : Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
- KOD 07
Sebab : ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1
Keterangan : Perniagaan melebihi satu permohonan
BERSTATUS TIDAK LULUS / KOD TIDAK LULUS GKP 3.0
Untuk pengetahuan anda, permohonan rayuan GKP tidak boleh dibuat bagi situasi seperti berikut:
- Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP
- Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama
- Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020
- Perniagaan tidak berdaftar dengan pihak berikut sebelum atau pada 31 Disember 2019.
- LHDNM
- PBT
- SSM
PERMOHONAN RAYUAN GKP 3.0
- Tarikh permohonan rayuan setakat ini belum dimaklumkan oleh pihak LHDN atau Kementerian Kewangan Malaysia.
- Namun seperti GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini, permohonan rayuan biasanya dibuka dalam masa terdekat dan akan diumumkan secara rasmi.
- Kami akan membuat kemaskini jika terdapat Tarikh rayuan GKP 3.0 yang terkini
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN RAYUAN DIPERLUKAN
Semasa membuat rayuan, antara dokumen sokongan yang mungkin diminta untuk dimuat naik. Anda mungkin boleh bersedia dengan dokumen seperti sebagai persediaan awal sebelum membuat rayuan
- Dokumen pendaftaran SSM
- Dokumen pendaftaran LHDNM dan bukti pembayaran cukai perniagaan LHDNM
- Dokumen pendaftaran PBT
- Borang istihar cukai kepada LHDN
- Senarai nama pekerja
- Bukti dokumen caruman KWSP pada pekerja
Baca juga BAYARAN RAYUAN GKP
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi HasilCare Line di talian
- 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- atau Portal Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/
Saya sudah ada SSM 3tahun dah dan berniage di bawah PBT ..lepas dalam borang saya tidak lulus 04..tolong cik
Assalam saya dinyatakan tidak lulus kod 04. Akan tetapi saya sudahpun mempunyai SSM tetapi tidak lulus. Mohon pihak berkenaan dapat membantu dan meluluskan nya. Terima kasih (0173987105 Nurul)
Assalamualaikum..sy dh ada lesan ssm tp tidak lulus 04,sy mohon pihak atasan dpt membantu utk meluluskan nya.Terima kasih 01123313455 mastura
assalamualaikum saya dimaklumkan tidak lulus kod.1 tidak beroperasi 2021. maaf atas kesilapan saya . Saya beroperasi 2021 dan meniaga online. saya salah faham apa yang dimaksudkan kod 1 oleh sebab itu saya beri jawapan yang silap dan membuat saya tidak lulus . Mohon pihak berkenaan dapat membantu dan meluluskan nya. Terima kasih (0108213656 fahmi )
Acc sy tersekat. Hubungi sy.
Bilaka Rayuan 3.0 Akan diadakan Kami Rakyat Malaysia Memohon Agar Dipercepatkan Rayuan 3.0 Sudah 1 Bulan Kami Tidak Beroperasi Kami makan macam mana..
Sudah 2 kali ako memohon gkp ne..balik² tidak wujud dalam egensi..padahal ako bayar lesen ako 1 tahun..
Tolong lah kasi lulus..2 kali sudah ako memohon ne..
Permohonan kelulusan
Tuan.. tolong bantu saya. Dah cuba mohon.