LESEN GDL(Permohonan & Check Harga)

CARA AMBIL LESEN GDL (Permohonan & Check Harga Goods Driver License)

Sekiranya anda berhajat untuk untuk mengambil lesen Vokasional (GDL) susah semestinya anda ingin mengetahui cara permohonan dan kadar harga. Disini kami kongsikannya, semoga membantu.

APA ITU LESEN GDL

Lesen GDL (Good Driving License) adalah lesen kenderaan barangan. Ia melibatkan pengangkutan yang membawa barangan untuk mengangkut barang-barangan. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu motokar ringan, motokar berat kejur, dan motokar bersendi.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GDL

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan lesenGDL:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai lesen memandu kompeten yang sah sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas D
  3. Berumur 21 tahun ke atas bagi lesen vokasional
  4. Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan memuaskan
  5. Lulus Pemeriksaan perubatan Borang JPJL8A
  6. Menghadiri Kursus Kurikulum Perlesenan Pemandu Vokasional
  7. Lulus dalam ujian teori
  8. Pemohon warganegara Singapura hanya layak memohon di JPJ Johor Bahru sahaja

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  2. Pengenalan diri asal wakil
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mestilah berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
  4. Borang JPJL8A.
  5. Borang JPJL12.
  6. Sijil JPJL2C
  7. 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  8. Bayaran RM20.00
  9. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga Singapura)

CARA PERMOHONAN LESEN GDL

Sekiranya anda tmemenuhi kelaykayan, berikut adlaah emrupakan cara untuk membuat perhonan lesenGDL:

  1. Sila Muat turun:
  2. Anda perlu membuat saringan kesihatan (medical check up) di hospital atau klinik yang diiktiraf
  3. Pastikan borang yang dimuat turun dilengkapkan oleh doktor atau pegawai perubatan yang bertugas dan simpan resit pembayaran sebagai bukti pendaftaran
  4. Hubungi atau hadirkan diri ke institut memandu yang terdekat untuk mendaftar dan membuat pembayaran
  5. Seterusnya anda perlu menghadiri ceramah teori selama 7 jam. 5 jam adalah kursus daripada pihak institut memandu dan 2 jam untuk kursus teori JPJ
  6. Anda akan menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas kursus dan markah lulus adalah 42 daripada 50 soalan
  7. Bawa dokumen lulus ujian untuk proses membuat lesen goods driving license di institut memandu yang anda pilih

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara ambil lasen GDL, anda boleh melayari website rasmi JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/

ARTIKEL LAIN

CARA RENEW LESEN GDL DI JPJ (Semak Harga & Isi Borang)

Share your love

One comment

  1. Salam 1Malaysia.. sya Lawai dari Bintulu Sarawak.. soalan : saya sudah ada Lesen E Lori.. Cuma Mcm mna Cara nak mohon GDL Bersendi.. Serta Harga..?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *