LESEN SYARIKAT PINJAMAN WANG(Semak Guna i-KrediKom)

BAGAIMANAKAH CARA BUAT SEMAKAN STATUS LESEN SYARIKAT PINJAMAN WANG?

Di masa dilanda pendemik ini,mungkin anda sesetengah yang terdesak ingin memerlukan wang segera namun tidak mempunyai sebarang dokumen ataupun slip gaji kerana anda telah kehilangan kerja. Tetapi sebelum anda membuat pinjaman, anda seharusnya membuat semakan status lesen syarikat pinjaman wang tersebut dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Terkini KPKT telah menyediakan cara terbaru menyemak status lesen syarikat pinjaman, iaitu dengan menggunakan aplikasi mudah alih i-KrediKom. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU i-KREDIKOM

i-KrediKom adalah aplikasi yang dibina sendiri oleh KPKT untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan informasi tentang Kredit Komuniti, iaitu syarikat pinjaman berlesen. nama ataupun nombor lesen syarikat pinjaman Antara servis yang ditawarkan oleh aplikasi i-KrediKom adalah:

  1. Semakan status lesen syarikat pinjaman wang
  2. Membuat laporan tentang apa-apa kejadian mengenai syarikat pinjaman berlesen
  3. Mendapatkan informasi sah dan rasmi tentang proses pinjaman peribadi di Malaysia

MUAT TURUN APLIKASI i-KREDIKOM

Untuk memudahkan urusan semakan, anda seharusnya memuat turun dan install aplikasi i-KrediKom di telefon anda terlebih dahulu. Berikut adalah pautan aplikasi i-KrediKom:

  • Play Store bagi pengguna Android 
  • Apple Store bagi pengguna IOS

CARA SEMAKAN STATUS LESEN SYARIKAT PINJAMAN WANG

Setelah anda install aplikasi i-KrediKom, berikut adalah cara membuat semakan:

  1. Buka aplikasi i-KrediKom
  2. Masukkan nama syarikat pinjamanwang ataupun nombor lesen syarikat pinjaman
  3. Paparan maklumat syarikat tersebut akan terpapar sama ada syarikat itu betul-betul berdaftar di bawah KPKT ataupun tidak

KELEBIHAN MENGGUNAKAN i-KREDIKOM

Berikut adalah kelebihan menggunakan i-KrediKom:

  1. Menggunakan platform mesra rakyat dengan konsep touch-point kepada rakyat sebagai usaha mengurangkan masalah keberhutangan.
  2. Menambahbaik keperluan sistem sedia ada iaitu Sistem eMAPS dengan menambah maklumat lokasi PPW menggunakan konsep pemetaan (data geospatial).
  3. Melatih orang awam membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan hanya syarikat yang berlesen sahaja dipilih sekiranya keperluan untuk mendapatkan pinjaman selain daripada institusi perbankan
  4. Membantu menghindari orang awam daripada terlibat dengan masalah syarikat yang tidak berlesen dengan membuat semakan menerusi aplikasi ini.

ARTIKEL LAIN

PINJAMAN WANG BERLESEN 2024(Berapa Dapat Hutang)
PINJAMAN WANG SEGERA(Senarai Agensi)

Share your love

4 Comments

    • ada tanyaan berkaitan lesen pinjaman yang dikemukan dari pihak pinjaman adalah palsu atau penah.ada apa yang boleh kita focus untuk mengenalpastikan?

  1. Saya ingin bantu.
    Permohonan pinjaman peribadi berlesen telah lulus dan sekarang memasukki bulan ke 3 membuat bayaran semula.
    Tetapi sehingga kini salinan perjanji mereka tidak memberi kepada sata dengan alasan pihak lawyer simpan.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *