CARA LOGIN AL RAJHI BANK:CARA REGISTER ONLINE BANKING(alrajhibank.com.my)
Sekiranya anda pelanggan kepada Al Rajhi Bank,anda boleh membuat transaksi secara online dengan cara register online banking di alrajhibank.com.mySetelah mendaftar online baking, anda boleh lgin untuk membuat sebarang transaksi contohnya check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.Bagaimanakah cara register Al Rajhi Bank?Bagaimanakah cara login Al Rajhi Bank?Disini kami ingin kongsikan cara untuk register & login Al Rajhi Bank. Semoga membantu
PENGENALAN AL RAJHI BANK
Dengan sejarah selama 50 tahun dari Arab Saudi, Al Rajhi Bank bukanlah nama yang baru di dalam bidang atau sektor perbankan. Bank ini adalah bank Islam terbesar di dunia. Negara kita, Malaysia adalah tapak pertama bagi Al Rajhi memulakan penglibatan mereka di dalam sektor perbankan antarabangsa.
Al Rajhi Bank mula mengorak langkah di Malaysia dengan menubuhkan cawangan pertama di Jalan Ampang pada Oktober 2006. Bank ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2007 oleh Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Abdullah Badawi. Pada masa sekarang bank ini mempunyai 17 cawangan di seluruh Malaysia, iaitu di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Kuantan, Kuching, Sungai Petani dan Kota Kinabalu.
Walaupun lebih tertumpu kepada perbankan korporat, terdapat juga produk dan perkhidmatan untuk perbankan individu seperti kebanyakan bank komersial yang lain. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti akaun simpanan, akaun semasa, pinjaman peribadi, kad kredit, kad debit, pinjaman kenderaan, unit amanah, perlindungan Takaful, pengurusan Wasiat, dan sebagainya.
Bank ini juga menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian (Internet Banking) melalui portal online yang dikenali sebagai Al Rajhi 24 Seven.
CARA DAFTAR AL RAJHI BANK
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara daftar alrajhi@24seven:
- Layari laman web: https://www.alrajhi24seven.com.my
- Klik pada DE-REGISTER SECURA@24SEVEN
- Isikan segala MAKLUMAt yang diminta.
- Pada REGISTER THROUGH, pilih Debit Card Number. Isikan Maklumat yang ada pada Kad anda
- Maukkan No PIN pada ruangan Card PIN.
- Pada ruangan TYPE THE CHARACTERS YOU SEE ABOVE, masukkan kod yang tertera..
- ONE-TIME PASSWORD (OTP) akan dihantar melalui SMS ke telefon anda.
- Masukkan USERNAME dan PASSWORD yang anda ingin gunakan.
- Masukkan SECURE WORD anda inginkan
- Pendaftaran akaun online banking alrajhi@24seven anda berjaya.
CARA LOGIN AL RAJHI BANK
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login alrajhi@24seven:
- Layari laman web: https://www.alrajhi24seven.com.my
- Masukkan USER ID
- Tekan butang PROCEED
- Sahkan SECURE WORD anda, tick pada ruangan disediakan
- Masukkan PASSWORD
- Tekan butang LOGIN sekali lagi
- Jika semuanya berjalan lancar, login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun online banking Al Rajhi Bank anda.
Anda mempunyai akaun Standard Chartered?Anda boleh daftar retail.sc.com untuk membuat transaksi secara online.
SOALAN LAZIM
Bagaimana saya menukar maklumat profil/no telefon Al Rajhi Bank saya?
Setelah membuat profil, anda boleh mengubah maklumat peribadi anda atau mengemas kini resume anda jika diperlukan. Cukup akses profil anda dengan ID pengguna / KATA LALUAN anda dan buat perubahan yang diperlukan. Maklumat anda akan dikemas kini dengan segera.
Bagaimana jika saya terlupa kata laluan Al Rajhi Bank online saya?
Anda boleh pergi ke skrin log masuk dan klik pada pautan “Lupa Kata Laluan Anda”. Anda mesti berjaya menjawab soalan, yang akan anda tetapkan sebelumnya dalam profil anda. Sekiranya anda lupa soalan & jawapan yang telah ditetapkan, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia Al Rajhi Bank Malaysia untuk menetapkan semula kata laluan anda.
Bolehkah saya ingin buka akaun Al Rajhi Bank online ?
Sila rujuk artiel diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila rujuk:
- Telefon pusat panggilan: +603 2332 6000
- Emel: [email protected]