LOGIN BANK STANDARD CHARTERED:CARA REGISTER ONLINE BANKING(retail.sc.com)
Sekiranya anda pelanggan kepada Bank Standard Chartered,anda boleh membuat transaksi secara online dengan cara register online banking di retail.sc.comSetelah mendaftar online baking, anda boleh lgin untuk membuat sebarang transaksi contohnya check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.Bagaimanakah cara register login Bank Standard Chartered Online Banking
PENGENALAN BANK STANDARD CHARTERED
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad adalah antara bank terawal yang mula beroperasi di Malaysia. Sejarah bank Standard Chartered bermula sejak tahun 1875 apabila mereka mula beroperasi Pulau Pinang.
Standard Chartered Bank Malaysia diperbadankan di Malaysia pada 29 Februari 1984. Pada tahun 2008 pula, Standard Chartered memperkenal Standard Chartered Saadiq Berhad, iaitu anak syarikat mereka yang memberi perkhidmatan perbankan Islam.
Bank Standard Chartered menawarkan perkhidmatan online banking setiap hari selama 24 jam. Anda juga boleh akses perkhidmatan ini dari luar negara kecuali negara Cuba, Sudan, North Korea, Iran dan Syria.
CARA DAFTAR BANK STANDARD CHARTERED
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara daftar Standard Chartered Online Banking
- Layari laman web: https://ibank.standardchartered.com.my/nfs/ral_tnc.htm
- Baca,semak ACCEPT terms & conditions.
- Pada bahagian REGISTER YOUR ACCOUNT USING ONE OF THE FOLLOWING OPTIONS, pilih sama ada Atm/Debit Card Or Credit CARD.
- Klik bahagian INSTANT REGISTRATION
- Masukkan NOMBOR KAD DEBIT/ATM pada ruangan Atm/Debit Card Number.
- Masukkan PIN
- Isikan segala MAKLUMAT PADA KAD BANK
- Sahkan NOMBOR TELEFON
- Masukkan PASSWORD sementara akan diterima ke nombor telefon anda. Klik confirm
- Masukkan USERNAME anda kehendaki.
- Masukkan PASSWORD anda kehendaki
- Selesai, pendaftaran telah berjaya.
CARA LOGIN BANK STANDARD CHARTERED
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login Standard Chartered Online Banking:
- Layari laman web: https://retail.sc.com/my/nfs/login.htm
- Masukkan USERNAME anda pada ruangan kemudian tekan Next.
- Masukkan PASSWORD anda tekan Submit.
- Jika semuanya berjalan lancar, login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun Standard Chartered Online Banking anda
SOALAN LAZIM
USERNAME dan PASSWORD apa yang harus saya gunakan untuk log masuk?
Anda boleh menggunakan username dan password dalam Standart Chartered Online Banking anda. Kami memastikan semuanya mudah dan senang, jadi anda tidak perlu mengingat satu lagi nama pengguna dan kata laluan..
Bagaimana saya dapat memuatkan Aplikasi Standard Chartered?
Untuk pengguna IOS, sila cari “SC Mobile” di apple store untuk memuat turun aplikasi.
Untuk pengguna Android, sila imbas kod QR dari Laman Web Standard Chartered Bank untuk memuat turun aplikasinya
.
Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran untuk menerima 2FA melalui SMS?
Tidak. Bank akan membayar SMS yang dihantar kepada pelanggan.
Anda mempunyai akaun Alliance Bank? boleh daftar online banking AllianceOnline
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan login Bank Standard Chartered , sila rujuk:
- Telefon pusat panggilan: 1300 888 888
- Lawati cawangan Standard Chartered Bank terdekat anda