LOGIN MyKKP:ID CARA DAFTAR & GUNA SISTEM KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSAI(JKKP)
Bagi anda yang berurusan dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), anda perlu mahir dengan platform MyKKP. Ini kerana segala urusan tentang permohonan, pembaharuan, laporan serta aduan akan 100% menggunakan laman web Login MyKKP ini.
APA ITU MyKKP
MyKKP merupakan kemudahan atas talian yang disediakan oleh JKKP kepada penggunanya. Terdapat beberapa kemudahan-kemudahan dari gerbang digital KKP ini iaitu permohonan, pembayaran, aduan dan notifikasi. Kemudahan yang ada dalam permohonan ini adalah permohonan atas talian Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang secara atas talian.
Pengenalan MyKKP merupakan sistem perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia. Sistem ini membolehkan pengguna mengurus hal ehwal keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan lebih mudah dan efisien melalui pelbagai perkhidmatan seperti e-JKKP7, MySKUD, CIMS, OSHACC, dan OSHMP25. Pengguna boleh mengakses semua perkhidmatan ini melalui Single-Sign-On (SSO) portal, menjadikan proses log masuk dan pengurusan lebih teratur.
Perkhidmatan Utama di MyKKP
- e-JKKP7: Membolehkan pengguna membuat pemberitahuan kemalangan di tempat kerja secara atas talian, meningkatkan kecekapan dan kelajuan dalam pelaporan kemalangan.
- MySKUD: Sistem maklumat yang menyediakan butiran terperinci mengenai kemalangan di tempat kerja, termasuk jenis, kategori, dan sebab kemalangan.
- CIMS (Chemical Information Management System): Sistem pengurusan maklumat bahan kimia di tempat kerja untuk memastikan kepatuhan kepada peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- OSHACC (Occupational Safety and Health Audit Checklist and Certification): Menyediakan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengesahan bagi memastikan tahap keselamatan di tempat kerja.
- OSHMP25 (Occupational Safety and Health Management Programme 25): Program latihan keselamatan yang merangkumi pengurusan risiko, penggunaan alat perlindungan diri, dan tindakan kecemasan di tempat kerja.
Pendaftaran dan Perkhidmatan
- Borang Pendaftaran: Pengendali perancah dan operator kren wajib mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran di pejabat JKKP negeri. Borang ini memerlukan maklumat peribadi, maklumat syarikat, dan maklumat peralatan yang digunakan.
- Urusetiaan Pendaftaran: MyKKP memudahkan pengguna menguruskan pendaftaran kilang, jentera, tapak bina, dan sektor lain, serta memohon sijil kompeten bagi firma atau individu.
Kompetensi dan Latihan
- Orang yang Kompeten (OYK): Individu yang mempunyai pengetahuan, kepakaran, dan pengalaman dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan, memastikan keselamatan di tempat kerja melalui latihan dan peperiksaan yang ditetapkan.
- Latihan Keselamatan: Penting untuk meningkatkan kesedaran pekerja terhadap risiko di tempat kerja dan mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
Pengurusan Risiko dan Keselamatan
- Pengurusan Risiko Ruang Terkurung: Langkah untuk mengurangkan risiko kesihatan pekerja dalam ruang terkurung, termasuk pematuhan kepada keperluan pengudaraan.
- Pengurusan Pendedahan Bising dan Ergonomik: Langkah-langkah untuk mengurangkan pendedahan bising dan memastikan ergonomi tempat kerja sesuai untuk mengelakkan cedera pekerja.
Perundangan dan Peraturan
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994: Kerangka undang-undang yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja dipatuhi secara berkesan.
Peranan dan Tanggungjawab
- Jurutera dan Pengawal: Memainkan peranan penting dalam menilai dan mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, memastikan peralatan dan mesin berfungsi dengan baik serta mematuhi undang-undang.
Alat dan Sistem Pendukung
- Kalculator Kos Kemalangan OSH: Alat yang membantu pengguna mengira kos kemalangan pekerjaan untuk pengurusan yang lebih berkesan.
CARA DAFTAR MyKKP(LOGIN MyKKP)
Berikut adalah merupakan cara daftar MyKKP:
- Layari pautan MyKKp: http://mykkp.dosh.gov.my
- Klik menu PENDAFTARAN
- Masukkan MAKLUMAT yang dikehendaki:
- Nama Penuh
- No Kad Pengenalan
- Bangsa
- Alamat emel yang aktif.
- Telefon Bimbit yang aktif
- Klik butang Seterusnya.
- Masukkan ALAMAT anda dan klik seterusnya.
- Masukkan LOGIN ID dan PASSWORD yang anda ingin, sahkan sekali lagi Password anda.
- Klik butang DAFTAR
- Anda dapat pengesahan pendaftaran melalui EMAIL
- Sila masuk ke emel anda dan Klik pautan VERIFIKASI AKAUN MYKKP SAYA untuk melakukan pengesahan emel.
- Pengesahan Email anda Telah Berjaya akan dipaparkan
CARA LOGIN MyKKP
Berikut adalah merupakan cara login My KKP:
- Layari pautan MyKKp: http://mykkp.dosh.gov.my
- Klik menu LOG MASUK
- Masukkan LOGIN ID dan PASSWORD seperti yang didaftarkan
- Login anda telah berjaya.
CARA MENGGUNAKAN LOGIN MyKKP
Berikut adalah cara menggunakan sistem MyKKP
- Cara MyKKP Semakan OYK
- Layari ke laman web MyKKP di: http://mykkp.dosh.gov.my/Semakan.aspx
- Kemudian semua senarai Orang Yang Kompeten akan dipapaprkan
- Anda boleh klik pada senarai nama untuk melihat profil lebih terperinci
- Cara MyKKP Semakan FYK
- Layari ke laman web MyKKP di: http://mykkp.dosh.gov.my/SemakanFYK.aspx
- Kemudian semua senarai Firma Yang Kompeten akan dipaparkan
- Anda boleh klik pada senarai nama untuk melihat profil yang lebih terperinci
Kesimpulan MyKKP DOSH adalah platform penting yang memudahkan pengguna mematuhi perundangan dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Dengan pelbagai perkhidmatan dan alat yang disediakan, sistem ini membantu meningkatkan kesedaran, mematuhi undang-undang, dan mengurangkan risiko di tempat kerja secara efektif. Diharapkan MyKKP terus memberi manfaat kepada industri dan pekerja Malaysia dalam memastikan keadaan kerja yang selamat dan sihat.
Bagaimanakah cara kemaskini EPCB?
SOALAN LAZIM LOGIN MyKKP
*akan dikemaskini
MAKLUMAT LANJUT LOGIN MyKKP
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan login MyKKP, boleh hubungi
- Pusat khidmat Pelanggan: : 03 8886 6496 dan 03 8886 6497
- Email: mailto:[email protected]
- Laman web: mykkp.dosh.gov.my
selamat ptg,,sya nak daftar mykkp utk kren beroda,,sya nak daftar isi borang tpi bila dah isi nmbor IC tak dpt sbab nmbor IC dah Ada dlm mykkp,,sblum ni Sudah pernah isi utk buat id sya batalkan sbab medical Blum Ada,,dlm Emil pun tak Ada pla masuk pengasahan id utk mykkp
Saya telah memperbaharui sijil pemansangan perancah pertengah dengan manual dalam talian , proses pembaharuan saya dibatalkan, dengan itu bagaimana cara saya untuk mengulangi proses pembaharuan manual dalam talian kerana di website mykkp tidak dapat memproses pembaharuan sijil perancah saya , kebelakangan ini sistem mykkp login sangat menyukarkam untuk proses pembaharuan dan proses untuk dapatkan sijil oyk .
Saya lupa id dan kata laluan
Saya telah mencukupi kumpul CEP point untuk memohon memperbaharui OYK tapi kebelakangan ini sistem mykkp login sangat-sangat menyukatkan untuk process pembaharuan.
Saya ingin membaharui lesen PMA untuk mesin angkat, sudah seminggu saya cuba login masuk , tapi sampai masih tak jadi. Macam mana i kena buat untuk memohon pembaharuan? lesen luput pada 26/03/2023.
salam.. kwmapa saya tak boleh nak buka web mykkp?
Saya ingin log masuk MJKKP, tapi saya terlupa ID dan Kata Laluan
Saya ingin membaharui lesen PMA skylift , macam mana untuk pembaharui lesen PMA?