Bagaimanakah Jika Terlupa Username Password Affin Bank?
Kadang-kadang kita lupa nama pengguna atau password untuk log masuk ke akaun Affin Bank online. Jangan risau, Affin Bank menyediakan cara mudah untuk mendapatkan semula username dan reset password anda. Berikut adalah langkah-langkah secara terperinci:
Lupa Username Affin Bank Online
Jika anda lupa username untuk Affin Bank online, ikuti langkah-langkah berikut:
- Lawati Laman Rasmi Affin Bank
- Pergi ke laman rasmi Affin Bank di https://www.affinonline.com.
- Klik “Personal” di bahagian atas laman.
- Klik “Forgot Username”.
- Pilih jenis kad (Debit/Credit/Virtual).
- Masukkan 16 digit nombor Kad Debit/Credit/Virtual anda.
- Pilih jenis ID anda.
- Masukkan nombor ID anda.
- Masukkan nombor PIN Kad.
- Klik “Request TAC”, kod TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang berdaftar.
- Masukkan kod TAC.
- Klik “Continue”.
- Username anda akan dipaparkan. Pastikan untuk mencatat username ini.
Lupa Password Affin Bank Online
Jika anda lupa kata laluan untuk Affin Bank online, anda boleh reset kata laluan dengan kad Debit/Credit/Virtual atau menggunakan soalan cabaran. Berikut adalah cara-cara untuk setiap pilihan:
Cara Reset Password Guna Kad Debit/Credit/Virtual
- Lawati Laman Rasmi Affin Bank
- Pergi ke laman rasmi Affin Bank di https://www.affinonline.com.
- Klik “Personal” di bahagian atas laman.
- Klik “Forgot Password”.
- Pilih “Card with PIN”.
- Klik “Continue”.
- Masukkan Username anda.
- Pilih jenis kad (Debit/Credit/Virtual).
- Masukkan 16 digit nombor Kad Debit/Credit/Virtual anda.
- Masukkan nombor PIN Kad anda.
- Klik “Request TAC”, kod TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda.
- Masukkan kod TAC.
- Klik “Continue”.
- Masukkan Kata Laluan Baru yang anda inginkan dan sahkan kata laluan baru tersebut.
Cara Reset Password Guna Soalan Cabaran
- Lawati Laman Rasmi Affin Bank
- Pergi ke laman rasmi Affin Bank di https://www.affinonline.com.
- Klik “Personal” di bahagian atas laman.
- Klik “Forgot Password”.
- Pilih “Challenge Questions”.
- Klik “Continue”.
- Masukkan Username anda.
- Klik “Continue”.
- Isi jawapan yang betul untuk Soalan Cabaran.
- Klik “Request TAC”, kod TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda.
- Masukkan kod TAC.
- Klik “Continue”.
- Masukkan Kata Laluan Baru yang anda inginkan dan sahkan kata laluan baru tersebut.
Artikel Lain
TUKAR NO HP AFFIN BANK (Update Mobile Phone Number)