CARA TUKAR NO HP UNTUK MSOS CODE MAYBANK(Menerima & Bayaran Website Oversea)
Pernahkan anda alami masalah apabilan ingin membuat transaksi menggunakan VISA debit/credit maybank, tapi MSOS code tu dihantar ke nombor telefon lama atau tidak aktif? Sedangkan anda telah kemaskini i Nombor Tac anda. Untuk pengetahuan anda kemaskini No Tac dan MSOS Code perlu dilakukan berasingan.
Bagaimana cara ingin kemaskini atau tukar Nombor Hanphone untuk MSOS Code Maybank? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU MSOS CODE
MSOS adalah singkatan bagi Maybank Secure Online Shopping MSOS . MSOS Code adalah One Time-Password (OTP) untuk Transaksi Dalam Talian yang merupakan lanjutan dari American Express SafeKey®, Disahkan oleh Visa dan Mastercard ID Check, penyelesaian 3D-Secure yang sepenuhnya dapat disesuaikan dengan arsitektur & protokol 3D-Secure seperti yang ditentukan oleh Amerika Express, Visa atau Mastercard.
CARA TUKAR NO HP UNTUK MSOS CODE
Sekiranya anda ingin membuat kemaskini MSOS Code Maybank anda, berikut adalah caranya:
- Hubungi Hotline Khidmat Pelanggan
- Hubungi Hotline Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-6688 atau Hotline Penjagaan Pelanggan Amex di 1-800-88-9559
- Maklumkan kepada pegawai berkenaan anda ingin kemaskini MSOS Code anda
- Pegawai berkenaan akan membuat pengesahan seperti berikut
- No Kad Maybank
- No Acc Maybank
- Nama Penuh
- IC Number
- Seterusnya ikut arahan selanjutnya sehingga selesai
- Cawangan Bank Maybank
- Kunjungi cawangan Bank Maybank berhampiran anda.
- Ambil No giliran dan tunggu nombor anda dipanggil.
- Maklumkan kepada pegawai bank berkenaan anda ingin kemaskini MSOS Code anda
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai
- Facebook Chat
- Layari Facebook rasmi Maybank: https://www.facebook.com/Maybank
- Klik pada Hantar Mesej
- Maklumkan anda ingin kemaskini MSOS Code
- Contoh: Hi Maybank, saya nak tanya macam mana kalau saya nak tukar nombor telefon untuk terima MSOS code? Sebab saya dapati code tersebut dihantar ke nombor telefon lama saya yang dah terminated”
- Anda akan meneri panggilan dari Maybank Customer Service untuk pengesahan seperti Nombor kad Pengenalan, Nombor Kad Debot/Credit, Nama Penuh, Nombor akaun Maybank dan Nombor Telefon
- Setelah pengesahan dibuat, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon ke nombor terkini
- Selesai
CARA PEMBELIAN GUNA MSOS CODE MAYBANK
Berikut adalah cara membuat pembelian dalam talian dengan MSOS Code:
- Pastikan nombor telefon bimbit terbaru anda adalah nombor yang sama dengan Maybank.
- Isikan butiran kad anda untuk tujuan pengesahan di laman web pedagang
- Setelah selesai, anda akan diarahkan ke halaman pengesahan Maybank di mana anda diminta memasukkan Kod MSOS. MSOS akan dihantar ke telefon bimbit anda dalam masa 30-45 saat
- Periksa sama ada nombor telefon bimbit anda sama seperti yang ditunjukkan di halaman pengesahan Maybank. Jika tidak, sila hubungi Hotline Penjagaan Pelanggan kami di 1-300-88-6688 atau Talian Hotline Pelanggan Amex di 1-800-88-9559
- Masukkan Kod MSOS di halaman pengesahan Maybank dan klik hantar untuk melengkapkan pengesahan anda dan meneruskan pembayaran
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin maklumat lanjut mengenai cara tukat no Hp MSOS Code Maybank, anda boleh layari web rasmi Maybank di pautan www.maybank2u.com.my
ARTIKEL LAIN
TUKAR NO TELEFON MAYBANK:CARA UPDATE NOMBOR TAC DAN BUAT KEMASKINI ONLINE
Saya nak tukar nombor telefon maybank2u