SEMAKAN SLIP MUET (MUET/D) & CARA TUKAR PUSAT UJIAN
Sekiranya anda ada membuat permohonan untuk menduduki Malaysian University English Test (MUET), anda kini boleh buat semakan slip daftar Malaysian University English Test. Bagaimana cara untuk membuat semakan slip MUET dan menukar tempatpusat ujian? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU Malaysian University English Test
Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian bahasa Inggeris diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar institusi pengajian tinggi serta untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .
Semakan Kompenen Ujian MUET
Berikut adalah merupakan beberapa kompenen yang ada dalam Malaysian University English Test iaitu:
- Listening (30 minit)
- Speaking (30 minit)
- Reading (90 minit)
- Writing (90 minit)
Kadar Bayaran MUET
Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah:
- Calon warganegara: RM150.00
- Calon bukan warganegara: RM350.00
Cara Pendaftaran MUET Online
Pendaftaran MUET boleh dilakukan secara atas talian seperti berikut:
- Layari pautan pendaftaran Malaysian University English Test
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dan klik submit
- Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.
Tarikh Semakan Keputusan MUET Sesi 3 Tahun 2024
Keputusan ujian Malaysian University English Test Sesi 1 Tahun 2024 boleh disemak pada akan dikemaskini kemudian
Cara Semakan Keputusan MUET
Kepada anda yang ingin membuat semakan keputusan, berikut adalah meupakan caranya:
Secara Online
- Layari pautan Malaysian University English Test
- Masukkan No Kad Pengenalan anda dan klik submit
- Keputusan anda akan dipaparkan
Secara SMS
- Taipkan: MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888.
- Contoh: MUET RESULT xxxxxxxxxxxx
NOTA: Tempoh sah laku keputusan ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Cara Semakan Slip Daftar MUET
Berikut adalah merupakan cara membuat semakan slip daftar Malaysian University English Test:
- Layari pautan MPM: http://webmpm.mpm.edu.my/
- Klik pada Semak Pendaftaran Malaysian University English Test (Cetak MUET/D)
- Seterunya tekan CETAK untuk mencetak slip tersebut.
Tempoh Untuk Tukar Pusat Ujian Malaysian University English Test
Untuk makluman calon boleh permohonan pertukaran pusat ujian Malaysian University English Test secara dalam talian (online) pada tarikh dan masa yang sama
Cara Tukar Pusat Ujian Malaysian University English Test
Sekiranya anda ingin tukar pusat ujian Malaysian University English Test, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan MPM: http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register
- Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS:
- Listening
- Speaking
- Reading
- Writing
- Bayaran perpindahan pusat ujian Malaysian University English Test ialah RM25.00 dan dibuat secara dalam talian
- Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. (MUET/D yang terdahulu adalah terbatal).
NOTA: Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini.
Semakan Sampel Soalan MUET
Untuk melihat contoh soalan sampel, anda boleh merujuk pada pautan berikut:
Cara Rayuan Semakan Semula Keputusan Malaysian University English
Kepada calon yang yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online seperti berikut:
- Layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia
- Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00.
- Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian diumumkan bagi setiap sesi.
- Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian boleh disemak d selepas 18 hari (hari bekerja) permohonan lengkap diterima di MPM .
- MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja
Cara Pendaftaran MUET On Demand (MOD)
Berikut adalah merupakan cara daftar MoD secara online:
- Layari pautan pendaftaran MOD
- Lengkapkan segala maklymat yang diperlukan
- Test Infotmation – pilih tarikh dan dan sesi ujian yang anda inginkan (sekiranya masih available)
- Personal Information – lengkapkan maklumat peribadi anda
- Payment Method – lengkapkan cara pembayaran
- Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
- Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.
- Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
- Muat turun jadual Sesi Ujian MOD
NOTA: Semakan keputusan MoD boleh dibuat melalui pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/
Yuran Ujian MOD
Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
Kalendar MOD
Berikut dikongsikan Jadual Waktu terkini dan Kalendar MoD untuk makluman calon-calon yang ingin mendaftar dan bakal menduduki peperiksaan.
Cara Semakan Keputusan MOD
- Semakan keputusan MoD boleh dibuat melalui pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan slip daftar dan penukaran pusat ujian Malaysian University English Test, anda boleh merujuk:
ARTIKEL LAIN
UPU ONLINE (Cara Permohonan & Daftar Kali Pertama)