Cara Beli Langgan MyEzyCover (Bayaran Ansuran Dan Pemotongan Gaji Insurans Kenderaan)
Kepada semua penjawat awam, kini kerajaan telah memperkenalkan MyezyCover iaitu menawarkan pembayaran takaful (insurans) kenderaan secara asuran. Disini kami akan kongsikan sedikit maklumat mengenai maklumat ini, semoga membantu.
APA ITU SKIM MYEZYCOVER
MyEzyCover adalah jenama di bawah naungan A Tech Insure Sdn BhH, Ia adalah firma aplikasi digital teknologi insurans yang terlibat dalam industri takaful am dan insurans am. Ia juga menawarkan pinjaman sifar faedah untuk pelanggan yang layak untuk pembelian produk takaful kenderaan.
Pelaksanaan skim ini bertujuan memberikan kemudahan kepada golongan sasaran untuk membuat pembelian takaful kenderaan secara ansuran tanpa faedah serta berkonsep patuh syariah Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba, dilancarkan hari ini untuk penjawat awam bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.
INFO PENTING TENTANG SKIM MY EZYCOVER
Program pembiayaan insurans kenderaan myezycover.com itu merupakan kerjasama strategik antara agensi awam, Kementerian Sumber Manusia dan swasta, yang dimeterai oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) dan A Tech Insure Sdn Bhd.
SYARAT KELAYAKAN SKIM MYEZYCOVER
Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak layak memohon skim pembiayaan insurans itu dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.
TAWARAN SKIM MY EZYCOVER
- Pinjaman 0% Faedah
- Pinjaman sifar faedah untuk pembaharuan takaful kereta dan cukai jalan
- Ansuran Sehingga 10 Bulan
- Pembayaran ansuran yang ditawarkan untuk tempoh 3, 6 atau 10 bulan
- Skim Bayaran Balik Mudah
- Pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji (Skim Potongan Gaji ANGKASA SPGA)
KUMPULAN SASARAN SKIM MY EZYCOVER
Skim ini pada awalnya disasarkan kepada penjawat awam khasnya B40. Namun skim ini akan diperluaskan kepada golongan pesara (kerajaan) dan syarikat swasta yang mana mereka boleh membeli insurans (takaful kenderaan) secara ansuran sama ada setiap bulan, setiap tiga atau empat bulan atau sekali gus.
CARA BELI TAKAFUL / INSURANS SKIM MYEZYCOVER
Proses membeli takaful (insurans) ini , sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web DI SINI
- Klik butang ‘Sign Up.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
- Log in dengan memasukkan email dan klik butang ‘Login.’
- Bandingkan insurans yang ingin diambil.
- Buat pembayaran. Anda boleh buat pilihan mohon pinjaman 0% atau buat pembayaran terus
SOALAN LAZIM (FAQ) MYEZYCOVER
Adakah skim MyezyCover merupakan produk patuh syariah?
- Ya. Skim My EzyCover adalah produk takaful patuh Syariah untuk kakitangan kerajaan.
Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?
- Semua rakyat Malaysia khususnya penjawat awam yang mempunyai lesen memandu JPJ yang sah.
Apakah faedah memperbaharui insurans di MyezyCover?
- Melalui Skim ini, pembaharuan insurans boleh dilakukan secara atas talian yang mana prosesnya sangat mudah, menjimatkan banyak masa dan kos. Perkhidmatan ini juga boleh diakses pada bila-bila masa dan tersedia untuk semua kakitangan kerajaan.
ARTIKEL LAIN
CARA BUAT PEMERIKSAAN PUSPAKOM (Kadar Bayaran Fi Tukar Hak Milik Kenderaan)
CARA RENEW INSURANS TAKAFUL KENDERAAN ETIQA (Check Motor Kereta Di etiqa.com.my)
E-BATAL:CARA BATALKAN PINJAMAN BANK PADA KENDERAAN(Dah Habis Bayar)