MyFUTUREJOBS SEMAKAN (Portal Carian Kerja MyStep & Guru Ganti)
Adakah anda sedang mencari pekerjaan? Semestinya anda ada membuat permohonan melalui portal MyFutureJobs. Sekiranya anda ingin membuat semakan pekerjaan yang tersedia di portal MyFutureJobs, disini kami akan kongsikan kepada caranya. Semoga membantu
APA ITU MyFUTUREJOBS
MYFutureJobs adalah portal pekerjaan baru yang dibangunkan oleh SIP yang menggunakan teknologi AI yang canggih untuk pemadanan pantas dan tepat.. MYFutureJobs melaksanakan pemadanan pekerjaan berdasarkan pelbagai faktor seperti nama pekerjaan, tahap pendidikan, kemahiran dan pengalaman kerja, pensijilan profesional, julat gaji, dan lokasi majikan.
CARA LOGIN PORTAL MyFUTUREJOBS
Berikut adalah cara log masuk ke portal MyFutureJobs:
- Layari portal MyFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
CARA KEMASKINI MAKLUMAT DI MyFUTERJOBS
Setelah anda berjaya Log Masuk, seharusnya anda kemaskini maklumat Profil anda terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:
- Pada paparan utama MyFututeJobs anda, pilih pada bahagian CREATE PROFIl.
- Terdapat lima (5) bahagian yang anda perlu isikan:
- Personal Information – maklumat peribadi
- Lengkapkan maklumat peribadi anda di ruangan yang disediakan
- Pastikan anda memuatnaik gambar anda (sebaiknya gambar formal) dan juga memuatnaik Resume anda
- Desired Jobs – pekerjaan yang diingini
- Pilih pekerjaan yang anda ingin, anda boleh mencari di ruagan yang disediakan.
- Experience – pengalaman
- Masukkan pengalaman anda (sekiranya ada), jika tiada klik No
- Education – pendidikan
- Masukkan Taraf pendidikan, bahasa dan lesen memandu anda
- Skills – kemahiran
- Isikan kemahiran anda miliki
- Personal Information – maklumat peribadi
- Setelah siap semuanya, pada bahagian Certificate and Suppoting Document, muat naik sijil dan dokumen sokongan yang berkaitan
- Semak kembali maklumat anda, pastikan semuanya lengkap dan bertanda hijau. Kemaskini anda selesai
CARA SEMAKAN KERJA MyFUTUREJOBS
Kepada anda yang ingin membuat semakan pekerjaan di MyFutureJobs, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web MyFutureJobs
- Anda boleh membuat carian mengikut kemahiran dan kelayakan anda pada ruangan tertera seperti:
- Jenis pekerjaan
- Lokasi
- Status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)
- Paparan senarai keksoongan pekerjaan akan terteta
- Klik pada MOHON untuk memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan anda.
- Pastikan anda mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
SEMAKAN TEMUDUGA KERJA MyFUTUREJOBS
- Layari laman web MyFutureJobs dan log masuk akaun anda
- Pada bahagian Manage Applications, klik pada My applications untuk semak permohonan anda.
- Anda akan terima notifikasi sekiranya mendapat jemputan ke temu duga.
- Bagi menerima jemputan temu duga, klik Accept.
- Sekiranya ingin tolak jemputan temu duga tersebut, klik Reject.
- Bagi yang ingin menjadualkan semula interview tersebut, klik Reschedule.
- Pada bahagian Portal Notification, klik pada ikon loceng sekiranya ingin mendapatkan sebarang update baru.
- Anda juga boleh mengambil Vocational Interest Assessment dengan klik pada profile ikon, select assessment dan klik start and answer all the question.
- Anda boleh rujuk user manual guide ini dalam pdf tentang cara daftar dan guna MyFutureJobs secara online.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MyFUTUREJOBS
Apa pekerjaan yang diinginkan di MyFutureJobs?
- Bahagian tajuk pekerjaan yang diingini dalam resume anda mengenal pasti kedudukan tertentu yang anda cari, sementara tajuk pekerjaan yang disenaraikan di bahagian pengalaman anda menunjukkan bagaimana pengalaman anda sebelumnya relevan dengan posisi yang anda lamar. Gelaran pekerjaan yang anda mahukan juga dapat menunjukkan cita-cita anda untuk berkembang bersama syarikat
Berapakah gaji yang diinginkan?
- Gaji yang diinginkan adalah pampasan yang ingin anda terima untuk pekerjaan baru. Penting untuk memiliki strategi pintar untuk mendekati masalah gaji yang anda inginkan sehingga anda dapat menyebut sejumlah yang mungkin memberi anda pampasan yang adil untuk pekerjaan
Apakah maksud CV jobs?
- Curriculum Vitae (CV) adalah bahasa Latin untuk “perjalanan hidup.” Sebaliknya, resume adalah bahasa Perancis untuk “ringkasan.” Kedua-dua CV & Resume: Sesuai untuk pekerjaan / syarikat tertentu yang anda lamar. Harus mewakili anda sebagai calon yang terbaik. Digunakan untuk membuat temu ramah
PERMASALAHAN BERKAITAN SEMAKAN PERMOHONAN MyFUTUREJOBS
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui:
- Talian Khidmat Pelanggan MYFutureJobs: 1300 22 8000
- Emel: [email protected]
- Mengunjungi Pejabat PERKESO berhampiran
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda perlukan panduan penggunaan portal MyFutureJobs,sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi PERKESO
- Laman web MyFutureJobs
- Facebook MyFutureJobs
- Twitter MyFutureJobs
ARTIKEL LAIN
- SIP GIG PERKESO (Permohonan Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan)
I really like this blog post. It is very informative.
Why can’t I log in to check my lulus? Why haven’t I received the sumbangan permohonan and mykasih soft grant yet?