MyPSV(Lesen Teksi Bas e-hailing)

MyPSV (Permohonan Lesen Teksi Bas  e-hailing)

Kepada anda muda di Malaysia, terdapat pelbagai bantuan yang telah diumumkan melalui pembentangan Bajet 2023. Khusus kepada golongan Belia kumpulan B40 yang ingin menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang, Kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV. Disini kami akan kongsikan cara permohonan lesen menerusi MyPSV, semoga membantu

APA ITU MyPSV

Program MyPSV adalah suatu inisiatif melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk memperkasakan kumpulan B40 yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-hailing/Teksi/Bas (BTM >7,500kg) serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (E-hailing/Teksi) dan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (Bas BTM >7,500)

TUJUAN My PSV

Tujuan program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai golongan belia yang ingin menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang  seperti:

  • Teksi
  • Bas
  • e-Hailing,

SYARAT KELAYAKAN MyPSV

Keutamaan diberikan kepada kumpulan B40. Berikut adalah merupakan syarat kelayakan ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas
  3. Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
  4. Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ & PDRM
  5. Pemohon PSV (e-hailing/teksi) perlu memiliki lesen memandu CDL-D/ DA
  6. Pemohon psv (bas btm > 7,500 kg) perlu memiliki lesen memandu CDL-D tidak kurang 1 tahun

TARIKH PERMOHONAN MyPSV

Permohonan untuk program ini dibuka mulai 3 Julai 2023 sehingga mencapai had kuota permohonan

KUOTA PERMOHONAN MyPSV

Kuota permohonan bagi program ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja:

  • PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 Peserta
  • PSV Bas (BTM > 7,500 kg) – 500 Peserta

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Lesen Memandu Malaysia
  3. Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik

CARA PERMOHONAN MyPSV

Kepada anak muda yang yang ingin menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang menerusi program ini, berikut adalah merupakan cara permohonan iaitu:

  1. Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan muat naik dokumen yang diperlukan
  3. Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel
  4. Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal
  5. Rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal

CARA KEMASKINI MyPSV

Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel [email protected] untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan

SOALAN LAZIM (FAQ) MyPSV

Untuk melihat soalan lazim berkaitan program ini, ada boleh merujuk DI SINI 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS UJIAN PSV ONLINE(CHECK KEPUTUSAN PEMANDU E-HAILING)

Share your love

4 Comments

  1. Saya nk lesen PSV tu.
    Lama tak keja ni.sejak kovic19 sampai la ni.
    01133400349
    0105478647
    Shah Rizal

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *