MySALAM 2024(Cara Buat Tuntutan Hospitalisasi Penyakit Kritikal)

MySALAM 2024(Cara Buat Tuntutan Hospitalisasi Dan Penyakit Kritikal)

Pada tahun ini, Skim MySalam akan diperluas kepada penerima STR dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak. Ramai yang telah menerima SMS tentang kelayakan Skim Perlindungan Masyarakat MySalam. Adakah anda faham apa sebenarnya manfaat dan faedah yang diperolehi jika layak Skim MySalam?Bagaimanakah nak check MySalam? Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

APA ITU MySALAM

Skim mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak. Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

MANFAAT SKIM MySALAM

Berikut adalah merupakan manfaat skim ini iaitu:
  • Membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal
  • Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian).

SYARAT KELAYAKAN MySALAM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan MySalam iaitu Penerima bantuan khas kerajaan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Sila rujuk jadual di bawah untuk keterangan lanjut:
Program LHDN Kelayakan mySalam Kriteria Umur
BR1M 2018 2019
  • Individu berumur antara 18 hingga 55 tahun dan pasangan;
BSH 2019 2020
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
BSH 2020 2021
BPR 2021 BKM 2022 2022 & 2023
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun.

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MySALAM

Berikut adalah merupakan cara semakan kelayakan anda iaitu:
  • Secara online:
    • Layari portal MySalam
    • Sila masukkan nombor MyKad (12 digit) tanpa tanda sengkang.
    • Klik SEMAK
  •  Menghantar e-mel ke [email protected]
  • Hubungi talian mySalam: 1 300 888 938

TARIKH KUATKUASA PERLINDUNGAN My SALAM

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.

JENIS TUNTUTAN My SALAM

Berikut adalah merupakan jenis tuntutan melalui inisiatif ini iaitu:
  1. Tuntutan Penyakit Kritikal
  2. Tuntutan Hospitalisasi

KADAR BAYARAN My SALAM

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran mengikut situasi iaitu:
  • Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian, sila rujuk butang kelayakan untuk maklumat lanjut).

TARIKH PERMOHONAN TUNTUTAN MySALAM

Tuntutan untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023)

CARA TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL My SALAM

Kepada anda yang ingin membuat tuntutan penyakit kritikal, berikut adalah merupakan caranya:
  1. Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  4. Log masuk kembali ke Mysalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  6. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

CARA TUNTUTAN HOSPITALISASI My SALAM

Kepada anda yang ingin membuat tuntutan hospitalisasi, berikut adalah merupakan caranya:
  1. Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

SENARAI KIOSK MySALAM

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan Perunding mySalam, anda boleh berjumpa dengan Perunding mySalam di lokasi kiosk-kiosk berikut, di seluruh Malaysia
Nama Hospital No. Tel Ketersediaan Kiosk
Hospital Alor Gajah YA
Hospital Ampang 03-42896000 YA
Hospital Balik Pulau 04-8669333 YA
Hospital Baling 04-4701333 YA
Hospital Banting 03-31871333 YA
Hospital Batu Gajah 05-3663333 YA
Hospital Bau 082-763711 YA
Hospital Beaufort 087-212333 YA
Hospital Beluran 089-511233/333 YA
Hospital Bentong 09-2223333 YA
Hospital Besut 09-6971130/200 YA
Hospital Betong 083-472821 YA
Hospital Bintulu 086-255899 YA
Hospital Bukit Mertajam 04-5497333 YA
Hospital Changkat Melintang 05-3761333 YA
Hospital Daro 084-823620 YA
Hospital Duchess Of Kent 089-248 600 YA
Hospital Dungun 09-8483333 YA
Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang 07-7787000 YA
Hospital Gerik 05-7911333 YA
Hospital Gua Musang 09-9121133 YA
Hospital Hulu Terengganu 09-6813333/120 YA
Hospital Jasin 06-5294262 YA
Hospital Jelebu 06-6136355 YA
Hospital Jeli 09-9440092 YA
Hospital Jempol 06-4592000 YA
Hospital Jengka 09-4662333 YA
Hospital Jerantut 09-2663333 YA
Hospital Jitra 04-9174333 YA
Hospital Kajang 03-89133333 YA
Hospital Kanowit 084-752333 YA
Hospital Kapit 084-796333 YA
Hospital Kemaman 09-8513333 YA
Hospital Keningau 087-313000 YA
Hospital Kepala Batas 04-5793333 YA
Hospital Kinabatangan 089-561858 YA
Hospital Kota Belud 088-976333 YA
Hospital Kota Marudu 088-661984 YA
Hospital Kota Tinggi 07-8831131/32 YA
Hospital Kuala Kangsar 05-7763333 YA
Hospital Kuala Krai 09-9611300 YA
Hospital Kuala Kubu Bharu 03-60641333 YA
Hospital Kuala Lipis 09-3123333 YA
Hospital Kuala Lumpur 03-26155555 YA
Hospital Kuala Nerang 04-7867333 YA
Hospital Kuala Penyu 087-853100 YA
Hospital Kudat 088-613333 YA
Hospital Kulim 04-4272733 YA
Hospital Lahad Datu 089-895111 YA
Hospital Langkawi 04-9665333 YA
Hospital Lawas 085-283781 YA
Hospital Limbang 085-211200 YA
Hospital Lundu 082-735311 YA
Hospital Machang 09-9741300/301 YA
Hospital Marudi 085-755511 YA
Hospital Melaka 06-2892344 YA
Hospital Mersing 07-7993333 YA
Hospital Miri 085-420033 YA
Hospital Muadzam Shah 09-4523333 YA
Hospital Mukah 084-871333 YA
Hospital Orang Asli YA
Hospital Pakar Sultanah Fatimah 06-9521901 YA
Hospital Papar 088-913333 YA
Hospital Parit Buntar 05-7163333 YA
Hospital Pasir Mas 09-7932300 YA
Hospital Pekan 09-4223333 YA
Hospital Pitas 088-676100 YA
Hospital Pontian 07-6873333 YA
Hospital Port Dickson 06-6487333 YA
Hospital Pulau Pinang 04-2225333 YA
Hospital Putrajaya 03-83124200 YA
Hospital Queen Elizabeth 088-517555 YA
Hospital Queen Elizabeth II 088-245249 YA
Hospital Raja Perempuan Zainab II 09-7452000 YA
Hospital Raja Permaisuri Bainun 05-2533333 YA
Hospital Ranau 088-875266 YA
Hospital Raub 09-3553333 YA
Hospital Rompin 09-4141305 YA
Hospital Saratok 083-436311 YA
Hospital Sarikei 084-653333 YA
Hospital Seberang Jaya 04-3827333 YA
Hospital Segamat 07-9433333 YA
Hospital Selama 05-8394233 YA
Hospital Selayang 03-61203233 YA
Hospital Semporna 089-781522 YA
Hospital Serdang 03-89475555 YA
Hospital Seri Manjung 05-6881333 YA
Hospital Serian 082-874311 YA
Hospital Setiu 09-6090333 YA
Hospital Shah Alam 03-55263000 YA
Hospital Sibu 084-343333 YA
Hospital Sik 04-4695333 YA
Hospital Simunjan 082-803984 YA
Hospital Sipitang 087-822296 YA
Hospital Slim River 05-4508000 YA
Hospital Sri Aman 083-322151 YA
Hospital Sultan Abdul Halim 04-4457333 YA
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah 09-2955333 YA
Hospital Sultan Ismail 07-3565000 YA
Hospital Sultanah Aminah 07-2231666 YA
Hospital Sultanah Bahiyah 04-7406233 YA
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom 05-4913333 YA
Hospital Sultanah Nora Ismail 07-4363000 YA
Hospital Sultanah Nur Zahirah 09-6212121 YA
Hospital Sungai Bakap 04-5824333 YA
Hospital Sungai Buloh 03-61454333 YA
Hospital Sungai Siput 05-5983333 YA
Hospital Taiping 05-8204000 YA
Hospital Tampin 06-4411511 YA
Hospital Tanah Merah 09-9545000 YA
Hospital Tangkak 06-9782792 YA
Hospital Tanjung Karang 03-32698333 YA
Hospital Tapah 05-4011333 YA
Hospital Tawau 089-773533 YA
Hospital Teluk Intan 05-6213333 YA
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim 07-6623333 YA
Hospital Tengku Ampuan Afzan 09-5133333 YA
Hospital Tengku Ampuan Jemaah 03-32163333 YA
Hospital Tengku Ampuan Rahimah 03- 33723333 YA
Hospital Tengku Anis 09-7843333 YA
Hospital Tenom 087-735577 YA
Hospital Tuanku Ampuan Najihah 06-4818001 YA
Hospital Tuanku Fauziah 04-9738000 YA
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban 06-7623333 YA
Hospital Tuaran 088-788317 YA
Hospital Tumpat 09-7263000 YA
Hospital Umum Kuching 082-276666 YA
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah 088-522600 YA
Hospital Yan 04-4655333 YA
Institut Kanser Negara 03-88925555 YA
Institut Perubatan Respiratori 03-40232966 YA
Pusat Jantung Sarawak 082-668111 YA
Pusat Perubatan Universiti Malaya 60379494422 YA
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 60391455555 YA
Hospital Universiti Sains Malaysia 6097673000 YA
Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 95912500 YA
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia 03-97695001 YA
Hospital Tunku Azizah 03-26003000 YA

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh merujuk pada Soalan Lazim tentang Skim my Salam ARTIKEL LAIN
Share your love

9 Comments

  1. Sy pernah isi online mysalam dengan no telefon dahulu,tetapi saya lupa lata kunci.saya mahu kemas kini no telefon baharu tetapi tidak tahu bagaimana?

  2. Saya telah dikuarentin di rumah pada tahun lepas, sudah juga menyemak kelayakan, dan berstatus LAYAK, bagaimana cara hendak mohon?

  3. TO WHOM IT MAY CONCERN: Please kindly guide me how to go about my claim from MYSALAM for the expenses incurred for my heart CORONARY ANIGLORAM TREATMEMT ON THE 9TH JULY 2022 BY GLENEAGLES JPMC A PARRWAYHEALTH CARDIAC CENTRE JERUDONG PARK BRUNEI. My Phone No: 673 8834761 Watsap NO: PLEASE UP DATE ME Thank You GOD BLESS YOU.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *