MySTP CALON SPA:Cara Terima Tolak Perlantikan Sektor Awam(Kemaskini Keputusan Pemeriksaan Kesihatan)
Kepada anda yang telah ditawarkan untuk berkhidmatan dalam sektor awam, terkini anda perlu memberi maklumbalas dalam MySTP Calon SPA. Bagaimana cara untuk memberi maklumbalas penerimaan dan penolakan dalam MySTP? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU MySTP
Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP) merupakan satu inovasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan SPA dalam mempercepatkan urusan pelantikan. Sistem ini memudahkan calon memberi maklumbalas samada menerima atau menolak pelantikan jawatan ke dalam sektor awam.
Sistem ini juga dilengkapi dengan penjanaan statistik mengikut nombor pemerolehan, jawatan dan tahun bagi memudahkan urusetia mendapatkan laporan dengan mudah dan tepat.
CALON YANG MENERIMA TAWARAN PELANTIKAN SEKTOR AWAM
Mulai 20 Oktober 2021, sekiranya anda ditawarkan pelantikan bagi jawatan yang dimohon, anda akan mendapat email Hebahan Tawaran Pelantikan SPA, contoh sepeti berikut:
CARA PROSES TERIMA / TOLAK TAWARAN PELANTIKAN MySTP CALON SPA
Setelah anda menerima tawaran pelantikan melalui emai,anda dikehendaki untuk memberi maklumbalas dalam MySTP. Berikut adalah merupakan caranya:
- Peringatan:
- Tawaran pelantikan hanya boleh dihantar sekali sahaja.
- Jika calon ingin menukar Status Tawaran, Calon perlu menghubungi Urus Setia SPA dan Urus Setia SPA akan menukar status Tawaran di MySTP Urus Setia SPA.
- Layari pautan MySTP: https://stp.spa.gov.my/tawaranv2.0/
- Masukkan maklumat diperlukan seperti:
- Kad Pengenalan
- Jawatan Yang ditawarkan
- Negeri Kelahiran Ibu
- Setelah lengkap kemudian tekan Hantar (Seterusnya lihat panduan tolak/terima di bawah)
NOTA:
- Calon yang telah menerima surat pelantikan daripada SPA sahaja yang boleh menggunakan sistem ini.
- Calon hanya boleh menjawab terima/tolak tawaran pelantikan sekali sahaja dan keputusan adalah muktamad .
- Sekiranya calon menerima tawaran pelantikan, calon hendaklah mencetak dua (2) Salinan Surat Setuju Terima untuk dikemukakan semasa melaporkan diri di Kementerian/Jabatan yang berkenaan.
- Calon hendaklah mengambil perhatian terhadap tempoh sah laku penerimaan tawaran, tempoh melengkapkan dan mengemaskini borang pemeriksaan kesihatan dan Akuan Berkanun. Kegagalan mematuhi tempoh yang ditetapkan akan mengakibatkan tawaran pelantikan calon LUPUT dan TERBATAL.
CARA TERIMA TAWARAN PELANTIKAN SPA
Berikut adalah cara sekiranya anda menerima tawaran SPA:
- Pada paparan Utama MySTP, Tick pada ruangan Terima
- Kemudian Tekan Hantar
- Seterusnya menu berikut akan dipaparkan :
- Capaian untuk dokumen cetak/muat turun surat Tawaran, Surat Setuju Terima Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Akuan Berkanun
- Menu Pemeriksaan kesihatan : Untuk calon mengemaskini keputusan pemeriksaan kesihatan setelah keputusan diterima dari Pengamal Perubatan Berdaftar.
NOTA: Link dokumen hanya boleh dicapai dalam tempoh 3 bulan dari tarikh paparan Urus Setia SPA. Selepas itu dokumen tidak boleh akses oleh calon.
CARA TOLAK TAWARAN PELANTIKAN SPA
Berikut adalah cara penolakan tawaran pelantikan SPA:
- Pada paparan Utama MySTP, Tick pada ruangan Tolak
- Kemudian Tekan Hantar
NOTA: Apabila calon menjawab “Tolak” tiada capaian dokumen dapat dicetak/dimuat turun.
CARA KEMASKINI KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KESIHATAN MySTP CALON SPA
Untuk mengemaskini keputusan pemeriksaan kesihatan, calon dikehendaki login semula di MySTP selepas selesai pemeriksaan kesihatan untuk mengemaskini keputusan perubatan. Berikut adalah caranya:
- Login MySTP calon
- Jika calon belum mengemaskini keputusan pemeriksaan perubatan, Paparan status adalah STATUS STP : URUSAN TIDAK LENGKAP
- Calon perlu klik pada butang “Maklumat Perubatan” untuk mengemaskini status kesihatan.
- Satu pop-up window “Adakah anda telah menjalani pemeriksaan kesihatan?” akan dipaparkan.
- Keputusan Pemeriksaan Kesihatan hanya boleh dihantar sekali sahaja.
- Selepas butang “Maklumat Perubatan” diklik, calon akan di bawa ke paparan Ruangan Pengesahan Pengamal Perubatan.
- Calon perlu menjawab keputusan pemeriksaan kesihatan yang telah disahkan oleh Pengamal Perubatan seperti berikut :
- Tidak menghadapi masalah kesihatan dan disahkan sihat
- Menghadapi masalah kesihatan tetapi boleh dipertimbangkan untuk dilantik
- Menghadapi masalah kesihatan yang tidak terkawal (severe)
- Jika keputusan SIHAT
- Calon hanya perlu kemaskini status perubatan dan klik butang “Hantar”. Calon tidak perlu memuat naik borang
- Jika keputusan pemeriksaan kesihatan adalah Menghidapi Masalah Kesihatan bagi pilihan yang ke-2 atau ke3, satu butang browser akan dipaparkan.
- Calon wajib memuat naik borang kesihatan yang telah lengkap diisi oleh Pengamal Perubatan (10 muka surat) dan laporan perubatan tambahan (jika ada)
- Hanya fail format PDF sahaja yang diterima oleh sistem
- Setelah keputusan pemeriksaan kesihatan berjaya dikemaskini status akan berubah kepada STATUS STP : TAWARAN PELANTIKAN TELAH LENGKAP PADA…
- Bagi calon yang menghidap masalah kesihatan, status tawaran pelantikan akan berubah dari masa ke semasa seperti berikut :
- DALAM PROSES : Dalam proses Urus Setia KT untuk diangkat ke pertimbangan Suruhanjaya
- TIDAK LENGKAP : Dokumen yang dimuat naik calon tidak lengkap/ tidak jelas. Urus Setia KT akan menghubungi calon untuk mengemukakan dokumen yang lengkap
- KEKAL : Keputusan Suruhanjaya telah diterima dan tawaran lantikan calon dikekalkan
- BATAL : Keputusan Suruhanjaya telah diterima dan tawaran lantikan calon dibatalkan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai MySTP Calon SPA,anda boleh berhubung melalui saluran berikut:
- Website rasmi MySTP: https://stp.spa.gov.my/tawaranv2.0/
- Telefon Khidmat Pelanggan: +603-8091 9000
- Facebook SPA: https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN STATUS MySPP:CHECK PANGGILAN TEMUDUGA SPP FASA 2(Pengambilan Guru One-off)
myspp.spp.gov.my:CARA DAFTAR/LOGIN/PERMOHONAN & SEMAK TEMUDUGA GURU 2021(Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41)