CARA LOGIN AKAUN MyTAX MELALUI APLIKASI
MyTAX HASIL merupakan satu portal yang merangkumi Perkhidmatan Pilihan seperti ByrHASiL , e-Daftar, PCB dan e-Filing. Dengan adanya portal seperti ini, sudah tentulah memudahkan urusan pembayar cukai untuk melaksanakan urusan berkaitan semakan cukai, pengistiharan pendapatan serta pembayaran cukai. Tidak terhad untuk diakses menerusi komputer meja sahaja, kini MyTax juga ditawarkan dalam bentuk aplikasi yang lebih mesra dengan pengguna peranti pintar.
TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR CUKAI
Melaporkan pendapatan tahunan dan mengira cukai pendapatan dalam borang nyata individu
MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA KALI PERTAMA MyTAX HASIL
- Pastikan anda salah seorang pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan / menyemak No. PIN
- Sekiranya anda belum mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai, sila ke cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Perlu disertakan:
- Salinan Kad Pengenalan
- Penyata Pendapatan / Slip Gaji terkini
- Atau melalui e-Daftar. Sila klik di sini http://edaftar.hasil.gov.my/
TARIKH AKHIR HANTAR BORANG BE TAHUN TAKSIRAN 2023
Kepada pembayar cukai, tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2023 adalah 30 April 2024:
- 30 April setiap tahun -individu yang memperolehi pendapatan selain punca perniagaa
- 30 Jun setiap tahun – individu yang memperolehi pendapatan perniagaan
KAITAN MyTAX DAN e-FILING
- MyTax merupakan pusat gerbang maklumat dan pusat sehenti bagi pembayar cukai ke perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM seperti e-Filing, ByrHasil, e-Daftar dan lain-lain
- Manakala e-filing pula adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet. Bagi membolehkan anda mengunakan kemudahan dan akses kepada e-filing, anda terlebih dahulu perlulah mendaftar melalui MyTax
KELEBIHAN MyTAX HASIL
- Melihat jumlah sumbangan cukai bagi tempoh tiga tahun taksiran yang terkini termasuk semakan maklumat sekatan perjalanan
- Rekod SPC
- Senarai ansuran CP500
- Semakan baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit
- Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita
- Senarai PCB yang dipotong pihak majikan melalui gaji kita (hanya untuk semakan tahun semasa dibenarkan)
- Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
- Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini
CARA DAFTAR MyTAX HASIL
Sekiranya anda pengguna kali pertama seharusnya anda daftar terlebih dahulu seperti berikut:
- Layari website My Tax Hasil
- Pilih menu e-Daftar
- Isikan maklumat yang di minta seperti Jenis Pembayar Cukai
- Klik pada nombor rujukan, dan masukan nombor rujukan
- Sila masukkan e-mel dan nombor telefon atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM untuk memaparkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) anda.
- Masukan Frasa Keselamatan
- Klik butang ‘Cari’
- Satu paparan notifikasi berupa nombor cukai pengguna akan dipaparkan sebagai berdaftar atau tidak. Jika ya, pengguna boleh mula log masuk, manakala jika tidak, pengguna perlu mendaftar bersama LHDN terlebih dahulu.
CARA LOGIN MyTAX HASIL
- Anda perlu masuk ke laman MyTAX LHDN
- Klik bahagian log Masuk
- Masukan nombor kad pengenalan @
- Masukan no kata laluan bagi yang mempunyai acc ez.hasil
- Jika anda pertama kali menggunakan , klik bahagian login kali pertama
- Dan tekan butang untuk langkah seterusnya
SEMAKAN STATUS MyTAX HASIL
- Anda perlu masuk ke laman MyTAX LHDN
- Klik bahagian log Masuk
- Klik pada ikon STATUS My TAX
- Sistem paparan tax : lejar
- Tab lejar memaparkan baki mengikut jenis lejar
- Klik pada link “baki lejar”
- Sistem memaparkan maklumat terperinci lejar
- Untuk melihat lejar mengikut tahun, klik pilihan pada tahun yang ada
- Sistem akan memaparkan mengikut lejar mengikut tahun
SEMAKAN STATUS MyTAX HASIL BAYARAN BALIK
- Anda perlu masuk ke laman My TAX LHDN
- Klik bahagian log Masuk
- Klik pada tab bayaran balik
- Sistem akan memaparkan maklumat bayaran balik jika ada bayaran dibuat
- Data dalam bentuk tracking status
BANTUAN
- Anda perlu masuk ke laman My TAX LHDN
- Klik bahagian log Masuk
- Pada senarai menu, klik bantuan
- Sistem paparkan skrin bantuan
- Klik pautan yang berkenaan bagi panduan pengguna
CARA GUNA APLIKASI MyTAX
Aplikasi MyTAX merupakan pusat paparan utama dalam bentuk dashboard bagi informasi cukai kepada pembayar cukai
Kelebihan Aplikasi MyTAX
- Melihat baki cukai
- Melihat jumlah bayaran balik
Cara Login Aplikasi MyTAX (Pengguna Kali Pertama)
- Muat Turun dan Install aplikasi MyTAX (Play Store / Apple Store) di telefon anda
- Seterusnya buka aplikasi MyTAX, pada paparan utama klik pada First Time Login
- Kemudian pilih jenis pengesahan identiti dan isikan nombor kad pengenalan pada ruangan tersedia. klik Submit juka telah selesai
- Sahkan frasa keselamatan anda seperti yang terpapar dengan klik pada Confirm
- Seterusnya masukkan kata laluan anda dan klik Submit. Sekiranya anda terlupa kata laluan, boleh klik pada Forget Password
- Anda kemudia diberikan pilihan untuk aktifkan log masuk secara biometrik (jika berminat)
- Selesai anda kini telah berjaya log masuk akaun anda
CARA DAPATKAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TCC) MELALUI MYTAX PORTAL
Kepada anda yang ingin dapatkan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) menerusi MyTax, berikut adalah merupkan caranya:
- Layari pautan portal MyTax dan log masuk akaun anda
- Pada paparan menu utama, dibahagian Pilihan Peranan pilih pada Pengarah Syarikat
- Akan terkeluar beberapa paparan senarai syarikat, klik pada syarikat yang anda inginkan muat turun sijil pematuhan cukai (TCC) tersebut.
- Pastikan paparan maklumat syarikat tersebut seperti Nama Syarikat, nombor cukai Pendapatan dan Cawangan adalah betul. Kemudian klik pada Status Mytax
- Seterusnya klik pada e-TCC
- Paparan sijil TCC akan tertera iaitu sijil yang sudah lengkap e-Filling untuk bahagian pengarah syarikat.
- Anda boleh mencetak atau muat turun sijil TCC tersebut dengan klik pada simbol Cetak. Selesai
CARA TAMBAH PERANAN WAKIL MAJIKAN/SYARIKAT UNTUK CP8D & FORM E SUBMISSION (MYTAX PORTAL)
Kepada anda yang ingin mengetahui cara untuk tambah peranan bagi CP8D & Form E Submission melalui protal MyTax, berikut adalah merupkan caranya:
- Layari pautan portal MyTax dan log masuk akaun anda
- Pada paparan menu utama, dibahagian Pilihan Peranan pilih pada Majikan
- Akan terkeluar beberapa paparan senarai syarikat, klik pada nama syarikat anda
- Seterusnya klik pada simbol Profil dan klik pada Pelantikan Wakil
- pada ruangan Jenis Pengenalan, pilih pada Nombor Kad Pengenalan dan masukkan no Kad Pengenalan staf atau wakil ejen cukai
- Paparan maklumat pembayar cukai akan tertera dan pastikan ianya betul dan klik Hantar
- Pada bahagian tandatangan, masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda pada ruangan yang tersedia dan klik pada Tandatangan.
- Paparan pengesahan berjaya akan tertera, klik OK. Selesai.
JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH BOLEH MENGHUBUNGI LHDN DI TALIAN:
Hasil Care Line : 03-8911 1000 @ 603-8911 1100 (Luar Negara)
Perkhidmatan e-Mel
Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN
- LUPA ID PASSWORD E-FILING(Cara Reset & Dapatkan Semula Akaun)
- SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA(Cara Check Income Tax Number Online)
Semak bayaran bantuan BSH..
Saya MOHD.AZLAN PERLU NO
BAUCER