MYTRAVELPASS:Permohonan Kebenaran Masuk Ke Malaysia (Warga Asing)
Adakah anda ingin ke luar Negara? Terkini untuk ke luar Negara anda seharusnya membuat permohonan melalai MyTravelPass (MTP) terlebih dahulu. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU MYTRAVELPASS
MyTravelPass (MTP) adalah satu sistem yang diwujudkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang mampu memendekkan tempoh masa permohonan ke luar Negara iaitu antara tiga hingga lima hari.
SYARAT-SYARAT UMUM MYTRAVELPASS
Berikut adalah merupakan syarat-syarat umum:
- Semua pelawat perlu menjalani pprosedur pemeriksaaan kesihatan di pintu masuk
- Semua terikat kepada prosedur, peraturan dan undang undang imigresen yang dikuatkuasakan di pintu masuk.
- Kelulusan yang diberikan hanya untuk perjalanan sehala. pelawat perlu mengemukakan permohonan baru untuk perjalanan seterusnya.
- Pelawat mesti memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi mudah alih mysejahtera sebelum masuk ke malaysia.
- Sekiranya pelawat memberikan maklumat yang salah / tidak tepat, atau mengemukakan dokumen palsu, tindakan tegas akan diambil di bawah seksyen 56(1)(f) akta imigresen 1959/63.
DOKOMEN DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN MYTRAVELLPASS
Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut:
- Salinan Pasport yang masih sah tempoh
- Surat tawaran bekerja / belajar
- Surat jemputan / Surat sokongan Agensi Kawal Selia / Surat Pengesahan Kementerian untuk tujuan rasmi
- Surat pengesahan Hospital Kerajaan / Hospital Pakar Swasta ( bagi tujuan perubatan)
- Sijil kematian (jika berkaitan kematian)
- Dan lain-lain dokumen sokongan
CARA PERMOHONAN MYTRAVELPASS
Berikut adalah merupakan cara permohonan MyTravelPass:
- LAYARI https://www.imi.gov.my ATAU https://mtp.imi.gov.my
- Pilih katagori permohonan:
- Permohonan masuk melalui Singapura Reciprocal Green Lane (RGL)
- Permohonan masuk melalui Singapura Periodical Commuting Arrangement (PCA)
- Permohonan keluar oleh warganegara Malaysia atas sebab yang boleh dipertimbangkan.
- Permohonan masuk oleh warga asing atau penduduk tetap (PR).
- Permohonan masuk oleh majikan bagi kategori Pembantu Rumah Asing (PRA) atau Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
- Permohonan pasangan kepada warganegara Malaysia atau pasangan kepada PR atau anak kepada warganegara Malaysia atau anak kepada PR.
- Permohonan masuk dan keluar oleh warga asing kategori ekspatriat.
- Permohonan masuk oleh warga asing kategori Malaysia My Second Home (MM2H).
- Baca dan Fahami Syarat-Syarat Permohonan.
- Klik Butang Agree And Proceed.
- Isikan semua maklumat diri dan butiran permohonan.
- Semak butitan permohonan dan Klik Submit
- Permohonan MTP akan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja .
CARA SEMAKAN STATUS MYTRAVELPASS
Untuk membuat semakan status permohonan anda, berikut adalah caranyai:
- Layari laman web MyTravelPass: https://mtp.imi.gov.my/
- Klik pada CHECK APPLICATION STATUS
- Masukkan Nombor Permohonan atau Nombor Pasport dan Status Warganegara.
- Klik pada Search
- Status permohonan anda akan dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai MyTravelPass ada boleh layari:
- Website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
- Sistem Pertanyaan Online (SPO)
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN STATUS PERJALANAN JABATAN IMIGRESEN(Cara Check di sspi.imi.gov.my/sspi/)