Pakej RAHMAH Prabayar Siswa(Cara Langgan & Tarikh)

Pakej RAHMAH Prabayar Siswa: RM30 Untuk 30GB

Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah mengumumkan penawaran Pakej RAHMAH Prabayar Siswa khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Maklumat Pakej

  • Harga: RM30
  • Kuota Data: Minimum 30GB
  • Tempoh Sah Laku: 180 hari

PakejRAHMAH Prabayar Siswa adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama. Ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup pelajar semasa sesi pengajian.

Tarikh dan Cara Melanggan

Tarikh Langganan: Pelanggan boleh mula mendaftar mulai 16 Ogos 2024.

Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • U Mobile
  • TM Tech
  • YTL Communications (YES)

Senarai IPTA & ILKA Terpilih

Senarai institusi yang terpilih akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Komunikasi: www.komunikasi.gov.my.

Soalan Lazim

Adakah ini pakej baharu?

Tawaran pakej ini merupakan hasil perluasan Pakej Internet Mudah Alih (prabayar) Rahmah yang diperkenalkan pada tahun lepas

Adakah pakej ini terbuka kepada semua?

Khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) terpilih.

Info Lanjut

Maklumat lanjut mengenai cara melanggan dan syarat-syarat pakej boleh dirujuk di laman web rasmi Kementerian Komunikasi.

Untuk keterangan lanjut, layari: http://www.komunikasi.gov.my.

Artikel Lain

e-Baucar Buku Percuma RM100 Semakan Portal Great

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *