CARA PASANG SENDIRI PELEKAT Touch n’ Go RFID (Replace Sticker)
Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota. Sekiranya anda telah membeli Tag FRID tersebut, disini kami kongsikan cara untuk pasang pelekat Tag RFID, semoga membantu.
APA ITU RFID
RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.
Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik. Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.
KELEBIHAN TAG RFID
Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. ag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.
CARA DAFTAR & MENGAKTIFKAN TAG RFID
Setelah Tag RFID anda terima, berikut adalah merupakan cara daftar dan mengaktifkannya seperti langkah berikut:
- Buka aplikasi Touch;n Go eWallet anda (Android / IOS)
- Pada menu utama klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
- Klik pada butang ‘Activate’
- Isikan dan semak butiran akaun anda
- Daftarkan kenderaan anda
- Masukkan nombor tag RFID 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
- Buat pengesahan dan verifikasi.
CARA PEMASANGAN TAG FRID
Setelah mengaktifkan, anda boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda. Berikut adalah merupakan langkah pemasangan RFID pada kenderaan anda:
- Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
- Buka pelekat dan tampalkan
- Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
- Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
- TNG RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam
NOTA: Pastikan bahawa anda tidak boleh melekatkan pelekat tersebut berhampiran dengan mana – mana bahagian logam kenderaan (iaitu jika anda melekatkan tag di cermin hadapan sebelah kiri, pastikan tidak terlalu dekat dengan bingkai logam kereta.) (Jarak yang disarankan oleh pihak JPJ bagi lokasi tag adalah 5 sentimeter bagi setiap sisi tag daripada bingkai logam).
MAKLUMAT LANJUT PASANG RFID
Untuk maklumat lanjut mengenai Tag RFID, anda boleh layari pautan https://rfid.touchngo.com.my/main
ARTIKEL LAIN
CARA BELI RFID ONLINE (Guna Apps Touch ‘n Go)
RFID TAG TOUCH ‘N GO (Cara Daftar Aktifkan)
Touch go