PEMBAYARAN TUNAI BPN 2.0 DI BSN
Anda layak dan lulus BPN 2.0 tetapi mempunyai masalah status pembayaran gagal kredit.Berikut adalah situasi contoh pembayaran BPN 2.0 gagal dikreditkan:
- akaun bank tidak aktif
- tersilap mengisi nombor akaun bank
- tidak mempunyai maklumat akaun bank
Maka,status pembayaran BPN 2.0 pemohon adalah GAGAL KREDIT.
APA MAKSUD GAGAL KREDIT BPN 2.0?
GAGAL KREDIT BPN 2.0 bermaksud pembayaran BPN 2.0 tidak berjaya dimasukan ke dalam akaun bank penerima. Penerima perlu menerima pembayaran tunai di Bank Simpanan Nasional(BSN).
TARIKH PEMBAYARAN TUNAI BON 2.0 DI BSN
Bermula 26 Oktober sehingga 31 Disember 2020
Baca tentang SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0 IKUT AKAUN BANK
SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPN 2.0 FASA 1
Jika anda ingin pastikan anda boleh layak menerima PEMBAYARAN TUNAI BPN 2.0 DI BSN,cuba buat semakan nombor baucar BPN 2.0 Fasa 1 :
- Layari https://bpn.hasil.gov.my
- Anda kini berada di bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
- Pastikan tidak masukkan dash atau sempang (-)
- Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 770505-14-5555, masukkan 770505145555 sahaja
- Tekan butang Cari
- Anda kini sudah masuk ke dalam sistem BPN untuk semakan no baucer
- Anda akan lihat maklumat berikut:
- Nama
- Fasa
- Jumlah Bayaran
- Status Kredit
- Tarikh Tunai
- Nama Tunai Bank
- No Akaun Bank
- Kod Tidak Berjaya
- No Baucar
- Sila beri perhatian pada No Baucar BPN
- Jika No Baucer BPN masih belum keluar, sila tunggu dengan penuh kesabaran
Bayaran secara tunai kepada penerima:
- Tiada akaun bank
- Bayaran BPN gagal dikredit ke akaun penerima
Anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan masing-masing secara atas talian terlebih dahulu melalui laman berikut:
Bantuan Prihatin Nasional – https://bpn.hasil.gov.my/
NOTIS KEPADA PELANGGAN PEMBAYARAN TUNAI BPN 2.0 DI BSN
Penerima perlu membawa kad pengenalan ketika menerima bayaran tunai di Cawangan BSN.
Pihak BSN ingin menegaskan agar setiap pelanggan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 1 meter dan memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di premis Cawangan BSN.
SOALAN LAZIM PEMBAYARAN TUNAI BPN 2.0 DI BSN
Bagaimanakah cara untuk saya membuat pengeluaran BPN 2.0 jika status pembayaran BPN saya gagal kredit ?
Pengeluaran tunai boleh dibuat melalui saluran seperti tertera di bawah:
Kaunter BSN di seluruh Malaysia
Mulai jam 9 pagi hingga 3 petang bagi penerima BPN melalui akaun BSN yang tiada kemudahan kad Debit BSN. Bagi Sabah dan Sarawak, operasi kaunter bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.
MAKLUMAT & INFO
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.
Account bank saya tak aktif…bagai mna cara nya
Rasanya kena p bank tuan tu untuk aktifkan semula, n dah aktif kena contact la LHDNM tentang problem tuan ni.
Sy cek status kat bpn 2.0 dia kata lulus tapi duit tak masuk lg skrg dah 30hb okt…tapi kat portal tu takde pulak dia bgtau gagal kredit
Sy cek status kat bpn 2.0 dia kata lulus tapi duit tak masuk lg skrg dah gagal kredit
Saya cek BPN pemohan lulus duit tak masuk.dalam akuan.cimb
Tolong kreditkan duit ke Bank BSN nombor akaun saya 1417441000041072
Umur 20 tahun yg bekerja dapat bpn dak
Pembayaran duit BPN 2.0 di Bank BSN
Jika bpn orang bujang tidak mengambil secara tunai di bank melebihi 1tahun adakah masih boleh pergi mengambil begitu di kaunter bank
bleh tak masuk bank.sya BSN no ekaun