PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL ONLINE(Daftar tekunfin.tekun.gov.my)
Kepada peniaga yang baru ingin memulakan peniagaan, seharusnya memerlukan modal permulaan. Salah satu untuk membuat pembiayaan adalah dengan Tekun Nasional.Terkini anda boleh membuat permohonan pembiayaan secara online menerusi Tekun Nasional. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU TEKUN NASIONAL
TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
DAFTAR AKAUN TEKUN NASIONAL
Sebagai permulaan dan pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari Sistem TEKUN-Online: https://tekunfin.tekun.gov.my/login
- Klik butang DAFTAR AKAUN.
- Anda dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan. Bahagian bertanda * WAJIB diisi:
- Nama Penuh (Nama Penuh Seperti Pada Kad Pengenalan)
- No Kad Pengenalan
- No Telefon
- Alamat Email – Sila pastikan menggunakan alamat emel yang sah
- Kata Laluan
- Kata Laluan Pengesahan
- Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klik pada HANTAR untuk menghantar permohonan. ( Pastikan ruangan bertanda * tersebut diisi dahulu sebelum tekan butang HANTAR).
- Satu Pop Up permohonan telah berjaya dihantar akan tertera. Kemudian klik pada butang OK.
- Login email anda yang didaftarkan ke sistem untuk Verifikasi Emel untuk pengesahan pendaftaran.
- Selesai
CARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL ONLINE
Setelah proses pendaftaran dan verifikasi akaun anda selesai, anda boleh membuat permohonan pembiayaan secara online. Berikut adalah caranya:
- Log masuk akaun Tekun online anda
- Satu Pop Up Kemaskini Profil anda akan tertera, klik pada OK
- Anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat profil anda. Terdapat beberapa bahagian iaitu:
- Malumat Asas
- Maklumat Peribadi Pemohon
- Maklumat Pasangan / Waris Pemohon
- Maklumat Perniagaan
- Setelah lengkap semuanya, klik pada Simpan. Satu Pop Up Berjaya kemaskini akan tertera, klik Ok.
- Kemdian untuk membuat permohonan, Klik pada Permohonan Baru
- Pada bahagian Semakan Kelayakan, anda dikehendaki untuk menjawab 3 Soalan Wajib, kemudian tekan hantar
- Kemudian akan tertera pilihan skim pembiayaan. Pilih yang anda inginkan kemudian klik pada Semak Kelayakan
- Sekiranya tertera pada catatan ‘Anda Tidak Mempunyai Rekod Pembiayaan dengan tekun nasional’, ini bermaksud anda telah melepasi syarat untuk membuat permohonan. Klik pada Simpan
- Kemudian akan tertera Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu RAMCI. Tick pada ruangan yang disediakan dan klik Teruskan.
- Maklumat anda pada borang permohonan akan tertera, semak kembali dan klik Next
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada bahahagian yang diperlukan untuk lengkapkan boring permohonan anda
- Pada bahagian Dokumen, anda dikehendaki untuk memuatnaik(upload) dokumen yang diperlukan seperti:
- Daftar Perniagaan(SSM)/Permit daripada PBT/Dokumen Pengesahan perniagaan
- Salinan Kad Pengenalan Depan
- Salinan Kad Pengenalan Belakang
- Pada Bahagian Rancangan Perniagaan, anda dikehendaki untuk melengkapkan Maklumat yang diperlukan
- Setelah anda lengkap mengisi dan semak kembali maklumat anda, tekan pada Hantar. Satu Pop Up ‘Anda Pasti” akan tertera, klik Ok
- Selesai, anda telah Berjaya membuat permohonan pembiayaan Tekun Nasional anda.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan Skim Pembiayaan Tekun Nasional online, anda boleh merujuk carta alir permohonan DI SINI
ARTIKEL LAIN
TEMANNITA TEKUN ONLINE(BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN)
SPIN TEKUN 2.0 (Cara Permohonan & Muat Turun Borang)
Nk buka borang pinjaman tekun tak boleh pun