Cara Dapatkan Penyata Bank Islam Secara Online
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mudah untuk mendapatkan penyata Bank Islam secara online, membolehkan anda menguruskan kewangan tanpa mengalami sebarang kesulitan.
Cara Dapatkan Bank Statement Bank Islam Melalui Portal Bank Islam
Jika anda sudah mendaftar dengan Bank Islam dan mempunyai akses ke Internet Banking di bankislam.biz, ikuti langkah-langkah berikut:
- Lawati laman web rasmi Bank Islam IB di sini.
- Masukkan User ID dan Password anda.
- Pilih menu “My Accounts” > “E-Statement” > “Download”.
- Pilih akaun atau kad yang ingin anda muat turun.
- Klik “Submit”.
- Anda akan melihat senarai akaun E-Statement anda.
- Pilih dan klik pada tarikh penyataan bagi tempoh tertentu untuk memuat turun penyataan.
Cara Dapatkan Penyata Mini Bank Islam Melalui ATM
Penyata mini yang boleh dicetak di ATM BankIslam memberikan ringkasan akaun anda, tetapi ia tidak boleh digunakan untuk permohonan rasmi. Ikuti langkah-langkah ini untuk mendapatkannya:
- Hadir ke mana-mana ATM Bank Islam terdekat.
- Masukkan kad ATM Bank Islam anda.
- Masukkan PIN ATM anda.
- Pilih “Bank Islam”.
- Pilih “Khidmat Penyata”.
- Pilih “Penyata Mini”.
- Pilih “Cetak”.
- Ambil resit yang keluar untuk melihat penyata mini Bank Islam.
Mendapatkan Bank Statement Akaun Bank Islam di Cawangan Bank
Anda juga boleh mendapatkan penyata akaun BankIslam dengan mengunjungi cawangan bank. Langkah-langkahnya termasuk:
- Kunjungi cawangan Bank Islam terdekat.
- Ajukan permintaan untuk penyata akaun.
- Pegawai bank akan membantu anda untuk mencetaknya.
Kegunaan Lain Bank Statement Bank Islam
Bank Statement Bank Islam tidak hanya penting untuk permohonan pinjaman, tetapi juga untuk:
- Memeriksa transaksi wang masuk dan keluar dari akaun anda.
- Memantau aktiviti akaun untuk mencegah penipuan atau penyalahgunaan.
- Memudahkan pengurusan kewangan harian anda, terutamanya jika anda seorang usahawan.
Artikel Lain > WAKTU OPERASI BANK ISLAM