e-Penyata Gaji MARA Kakitangan(Download Print)

Bagaimanakah Cara Dapatkan penyata gaji MARA?

Apakah itu Sistem ePenyata Gaji MARA?

Sistem ePenyata Gaji MARA membolehkan staf MARA membuat capaian dan mencetak penyata gaji bulanan dan tahunan masing-masing. Penyata gaji bulanan hanya boleh digunakan untuk semakan dan rujukan oleh pegawai yang berkaitan. Untuk kegunaan lain, pengesahan daripada pegawai yang diberi kuasa perlu diperolehi terlebih dahulu

Semakan dan pencetakan penyata gaji MARA boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:

  1. Kunjungi laman web https://online07.mara.gov.my/epenyata/.
  2. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan.
  3. Klik pada pautan ‘Penyata Gaji’.
  4. Maklumat seperti Nombor Gaji, Nombor Kad Pengenalan, Nama, Pusat, Gred Gaji, dan Kenaikan Gaji Tahunan akan ditunjukkan.
  5. Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki.
  6. Tekan butang ‘Proses’.
  7. Klik pada pautan ‘Muat Turun Penyata’.
  8. Paparan penyata gaji akan diperlihatkan. Anda boleh muat turun dan mencetak penyata gaji tersebut.

Soalan Lazim

  1. Adakah pendaftaran diperlukan? Ya, semua kakitangan perlu mendaftar sebelum menggunakan sistem ini.
  2. Bagaimana jika maklumat profil saya tidak tepat? Maklumat tersebut diekstrak dari Sistem Album. Sebarang pembetulan perlu dirujuk kepada Bahagian Sumber Manusia.
  3. Apa yang perlu dilakukan jika saya lupa kata laluan? Anda boleh ke pautan ‘Lupa Kata Laluan’ dan kata laluan akan direset kepada Nombor Gaji anda.

Untuk maklumat lanjut tentang epenyata gaji MARA, sila layari laman web https://online07.mara.gov.my/epenyata/.

Artikel Lain

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA(Apply aplikasi.mara.gov.my)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *