Bagaimanakah Cara Permohonan Personal Loan Guna MAE App?
Jika anda berminat untuk membuat personal loan.Boleh buat Permohonan Personal Loan Guna MAE App.Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur antara 21-60 tahun, dengan pendapatan kasar bulanan RM3,500 ke atas.
Kenapa Pilih Pinjaman Peribadi Maybank/Maybank Islamic?
- Permohonan Senang dan Mudah: Melalui aplikasi MAE.
- Kelulusan Pantas: Bagi pelanggan yang gajinya dikreditkan terus ke akaun Maybank.
- Bayaran Bulanan Rendah: Serendah RM98.61. Klik untuk melihat jadual bayaran bulanan Pinjaman Peribadi Maybank/Maybank Islamic
- Perlindungan Insurans Penjagaan Peribadi Pilihan: Dengan perlindungan sehingga RM100,000.
- Tiada Bayaran Duti Setem
- Tiada Yuran Pemprosesan
- Tiada Penjamin atau Cagaran Diperlukan
Apa yang Perlu Anda Sediakan?
Muat Naik Dokumen
Bergaji Tetap
- Pengesahan Identiti
- MyKad
- Pengesahan Pendapatan (Muat naik salah satu)
- Borang EA terkini
- Borang BE terkini serta resit cukai rasmi
- Aktiviti akaun simpanan/penyata akaun semasa 3 bulan terkini (pilihan)
Bekerja Sendiri
- Pengesahan Identiti
- MyKad
- Pengesahan Perniagaan
- Salinan Pendaftaran Perniagaan
- Pengesahan Pendapatan (Muat naik salah satu)
- Borang B terkini serta resit cukai rasmi
- Penyata Bank 6 bulan terkini
Dokumen Sokongan Personal Loan MAE
Muat naik dokumen sokongan untuk melengkapkan permohonan anda.
Permohonan Personal Loan Guna MAE App
Berikut adalah caranya :
- Tekan More
- Tekan Apply
- Pilih Loan & Personal Loan / Financing-i
- Masukkan pendapatan kasar bulanan anda
- Pilih setuju untuk pemeriksaan kesihatan kredit
- Masukkan butiran pembiayaan
- Pilih setuju untuk pelan takaful
- Masukkan butiran peribadi & maklumat hubungan
- Masukkan butiran pekerjaan
- Masukkan jumlah komitmen bulanan bukan perbankan anda
- Semak & pilih setuju untuk terma syarat
- Semak & hantar permohonan
- Hantar dokumen sokongan permohonan dalam tempoh 3 hari
Artikel Lain
TABUNG MAE MAYBANK(Cara Simpan Keluarkan Duit Withdraw Cancel)