PERMOHONAN RAKYATPRENEUR 2.0:SEMAKAN DANA PERNIAGAAN & BIMBINGAN KEMAHIRAN PKS
Kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin meningkatkan perniagaan mereka, RakyatPreneur 2.0 kini dibuka untuk permohonan.
Untuk makluman,sebelum ini projek rintis Rakyatpreneur telah dijalankan, di mana ia adalah program yang bertujuan menyokong pembangunan perniagaan mikro B40 dan asnaf yang berpotensi tinggi untuk memperkembangkan perniagaan mereka.
Ini juga selari dengan usaha MEDAC dalam membantu usahawan B40.
APA ITU RAKYATPRENEUR 2.0?
Program RAKYATpreneur 2.0 merupakan inisiatif kewangan sosial Bank Rakyat bertujuan membantu usahawan asnaf yang berpotensi tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.
KELEBIHAN PROGRAM RAKYATPRENEUR 2.0
- Antara kelebihan program ini adalah
- Dapat meningkatkan prestasi perniagaan dengan suntikan dana
- Mendapat pengetahuan tentang perniagaan dari pelbagai aspek
- Berpeluang untuk memohon produk pembiayaan di Bank Rakyat
- Menyediakan peluang pekerjaan dalam pasaran
Anda juga boleh mohon SPUR PUNB sehingga RM100,000 jika layak.
KONSEP RAKYATPRENEUR 2.0
200 peserta RAKYATpreneur.
Peserta RAKYATpreneur akan menerima suntikan dana berdasarkan perniagaan mereka.
Peserta RAKYATpreneur akan menjalani sesi bimbingan dan latihan keusahawanan serta pemantauan berterusan.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RAKYATPRENEUR 2.0
Program ini terbuka kepada kepada semua usahawan asnaf warganegara Malaysia.
Kriteria pemohon adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Usahawan berstatus asnaf*
- Perakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai perniagaan sendiri dan telah beroperasi minimum 6 bulan dengan pendapatan perniagaan purata bulanan antara RM1,000 hingga RM8,000.
- Jenis perniagaan/produk dan perkhidmatan patuh syariah.
- Tidak mempunyai mana-mana pembiayaan daripada institusi kewangan.
- Tiada rekod jenayah.
TARIKH PERMOHONAN RAKYATPRENEUR 2.0
Permohonan bagi menyertai program ini adalah mulai 01 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021.
CARA PERMOHONAN RAKYATPRENEUR 2.0
Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang penyertaan program RAKYATpreneur 2.0 di semua cawangan Bank Rakyat mulai tarikh di atas.
Pemohon hendaklah mengembalikan borang yang telah dilengkapkan ke cawangan berdekatan berserta dokumen sokongan berikut :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan bil utiliti (air/elektrik) 3 bulan
- Perakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.
- Gambar produk / premis perniagaan
CONTOH KATEGORI PERNIAGAAN RAKYATPRENEUR 2.0
- Makanan dan minuman
- Pertanian
- Kedai runcit
- Jahitan
- Kraftangan
- Kedai gunting rambut
- Percetakan
- Bengkel kenderaan
- Lain-lain
SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAKYATPRENEUR 2.0
Keputusan permohonan program RAKYATpreneur 2.0 akan dimaklumkan mulai 15 Julai 2021.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454; atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat; atau layari laman sesawang Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my.