Permohonan SBP 2025 Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Permohonan & Pengambilan Murid Tingkatan 1 & Tingkatan 4 SBP Sesi 2025/2026

Untuk ibu bapa yang berminat menghantar anak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2025/2026, kini permohonan telah dibuka. Pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan dan permohonan dihantar tepat pada masanya untuk memastikan kelayakan anak anda dipertimbangkan. Semoga berjaya!

Pengenalan Sekolah Berasrama Penuh (SBP):

  1. SBP (Perdana/Akademik): Fokus pada kemahiran abad ke-21 dengan kurikulum STEM.
  2. SBP (Agama): Menekankan kemahiran abad ke-21 dengan pembentukan akal dan disiplin.
  3. SBP (Pakej Tahfiz Model Ulul Albab – TMUA): Menghafaz 30 juzuk Al-Quran dengan asas keagamaan dan kemahiran pelbagai.

Senarai Sekolah SBP

Berikut adalah merupakan senarai SBP yang terdapat di Malaysia mengikut pecahan negeri iaitu:

NEGERISENARAI SEKOLAH SBP
PerlisSekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP)
KedahSekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
SBP Integrasi Kubang Pasu
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu
Pulau PinangSekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
PerakThe Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
SBP Integrasi Gopeng
Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh
Sekolah Menengah Sains Tapah
WP Kuala LumpurSekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS)
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)
Sekolah Menengah Sains Selangor
WP PutrajayaSekolah Sultan Alam Shah (SAS)
SelangorSekolah Seri Puteri (SSP)
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
SBP Integrasi Rawang
SBP Integrasi Sabak Bernam
SBP Integrasi Gombak
Sekolah Menengah Sains Banting
Negeri SembilanSekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)
Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER)
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
SBP Integrasi Jempol
Sekolah Menengah Sains Rembau
Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban
MelakaSekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC)
SBP Integrasi Selandar
JohorSekolah Tun Fatimah (STF)
Sekolah Menengah Sains Muar
Sekolah Menengah Sains Johor
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar
Sekolah Menengah Sains Sembrong
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat
PahangSekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan
SBP Integrasi Temerloh
SBP Integrasi Tun Abdul Razak
SBP Integrasi Kuantan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong
TerengganuSekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
Sekolah Menengah Sains Dungun
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu
SBP Integrasi Batu Rakit
KelantanSekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
Sekolah Menengah Sains Machang
Sekolah Menengah Sains Jeli
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
Sekolah Menengah Sains Gua Musang
SabahSekolah Menengah Sains Sabah
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
SarawakSekolah Menengah Sains Miri
Sekolah Menengah Sains Kuching
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara
WP LabuanSekolah Menengah Sains Labuan

Syarat Kelayakan SBP

Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Murid Tahun Enam (6) Sesi 2024/2025
  • Berumur 12 tahun (lahir 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013)

Tarikh Permohonan SBP

Permohonan akan mulai dibuka pada 1 Ogos 2024 (Khamis) hingga 8 September 2024 (Ahad).

Cara Permohonan SBP Online

Kepada ibu bapa yang berminatat untuk menghantar anak ke SBP, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan iaitu:

Layari pautan:

Panduan Khusus:

  1. Log Masuk: Masukkan No. MyKid/MyKad murid dan No. MyKad/No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/Kedua.
  2. Kemaskini Maklumat: Jika maklumat tidak tepat, kemaskini di portal SPATKPM.
  3. Status Penyakit: Nyatakan status penyakit pemohon.
  4. Status OKU: Nyatakan status OKU pemohon.
  5. E-mel: Masukkan alamat e-mel aktif.
  6. Tahap Penguasaan PBD: Maklumat PBD dipadankan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu KPM (SPPB).
  7. Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum: Maklumat kepimpinan dan kegiatan kokurikulum dipadankan dengan sistem PAJSK.
  8. Pentaksiran Psikometrik (PPsi): Pelaporan dipadankan dengan sistem e-Profil Kerjaya Murid.
  9. Pilihan Sekolah:
    • Jenis Sekolah: Pilih jenis sekolah (SBP atau SMKA).
    • Dual Language Programme (DLP): Pilih YA/TIDAK.
    • Pakej Mata Pelajaran: Pilih pakej yang ditawarkan.
    • Negeri dan Nama Sekolah: Pilih negeri dan nama sekolah pilihan.
    • Jarak dari Rumah ke Sekolah: Pilih anggaran jarak.

Tarikh Penting Permohonan SBP

  • Tarikh Permohonan SBP: 1 Ogos – 8 September 2024
  • Tarikh Semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus:
    • Tingkatan 1 (PKSKT1): 13 September – 17 Oktober 2024
    • Tingkatan 4 (PKSKT4): 13 September – 3 Oktober 2024

Maklumat Lanjut

untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai SBP, anda boleh melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/

Artikel Lain:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *