Cara Semakan CCTV Trafik Di Highway PLUS(Live)
Masa cuti , ramai memanfaatkan peluang untuk pulang ke kampung atau melancong, menyebabkan lebuh raya sering sesak dengan kenderaan. Sebelum memulakan perjalanan, penting untuk memeriksa keadaan trafik untuk merancang perjalanan dengan lebih lancar.Bagaimanakah cara Semakan CCTV Trafik Di Highway PLUS secara live?
1. Semakan Melalui Portal Rasmi LLM
Untuk mendapatkan gambaran trafik secara langsung:
- Layari Portal Rasmi LLM di llm.gov.my.
- Pilih tab “Status Trafik Semasa”.
- Pilih lebuhraya yang ingin dilihat.
- Anda akan dapat melihat rakaman CCTV langsung dari kamera-kamera di sepanjang lebuh raya terpilih.
2. Aplikasi PLUS
Dapatkan informasi trafik terkini dan pantau melalui CCTV dengan aplikasi PLUS:
- Muat turun aplikasi PLUS dari Google PlayStore atau Apple Store.
- Pilih kamera CCTV yang diperlukan sepanjang perjalanan untuk memantau keadaan trafik.
- Aplikasi ini juga menyediakan maklumat tentang bayaran tol, memesan makanan, dan butang SOS untuk bantuan segera.
3. Semakan Melalui Laman Web Jalanow
Cara paling mudah untuk semak CCTV lebuhraya secara langsung:
- Kunjungi laman web Jalanow.
- Lihat live feed CCTV dari pelbagai lebuhraya di Malaysia.
- Gunakan juga kalkulator tol untuk mengetahui jumlah bayaran tol dari satu lokasi ke lokasi lain.
Kesimpulan PLUS CCTV Trafik Highway
Dengan menggunakan cara-cara di atas, anda dapat merancang perjalanan anda dengan lebih baik dan mengelakkan kesesakan di lebuhraya. Pastikan anda sentiasa mengikuti maklumat terkini dari sumber-sumber rasmi untuk perjalanan yang lebih lancar dan selamat.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di llm.gov.my atau hubungi HOTLINE mereka di 1800-88-7752.
Artikel Lain
SEMAKAN KADAR TOL LEBUHRAYA (Check llm.gov.my)