PORTAL VAKSIN ANAKKU(Cara Daftar PICK Remaja/Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun)
Bagaimanakah cara daftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bagi Remaja Berumur 12 – 17 Tahun (PICK Remaja) Di Portal Vaksin Anakku / MySejahtera?
Untuk makluman, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.
CARA DAFTAR PORTAL VAKSIN ANAKKU(Untuk Kanak-kanak & Remaja Bawah 18 Tahun)
Semua institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal Portal Vaksin Anakku bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
Sila rujuk langkah-langkah berikut:
- Layari vaksinanakku.herokuapp.com
- Daftar sebagai pengguna.
- Login dan isikan maklumat untuk mendapatkan vaksin.
- Ibu bapa / penjaga perlu menyerahkan borang persetujuan vaksinasi kepada pihak sekolah. (Muat turun borang di bawah)
- Manakala bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.
BORANG PERSETUJUAN SUNTUKAN VAKSIN COVID-19(Untuk Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun)
Berikut adalah contoh borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 (untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun) dan surat perwakilan ibu bapa / penjaga kepada individu membawa kanak-kanak menerima vaksin COVID-19.
APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 UNTUK REMAJA?
Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting).
Walau bagaimanapun,KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.
Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;
Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.
Sekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila layari portal rasmi KKM > https://www.moh.gov.my/
ARTIKEL LAIN
PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN
SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT
Hi, Macamana nak dapatkan User ID dan Password untuk login?
Hi, kindly advise how to get User ID and password login Portal Vaksin Anakku? Thank you