CARA DAFTAR POS ONLINE (Deposit Tabung Haji Secara Online)
Terkini Pos Malaysia telah mengumum penamatan perkhidmatan deposit Tabung Haji secara manual di kaunter Pos Malaysia bermula pada 2 Jan 2021 tetapi telah memperkenalkan perkhidmatan deposit secara online dikenali Pos Online. Sekiranya anda ingin perkhidmatan Pos Malaysia, anda boleh terus buat deposit melalui Pos Online sahaja.
Bagaimana cara untuk daftar PosOnline dan menggunakannya? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN POSONLINE
Berikut adalah merupakan perkhdimatan yang disediakan dalam PosOnline:
- Pembayaran Bil Air, Astro dan elektrik
- Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak
- Pembayaran Zakat
- Tambah Nilai Perkhdimatan Telco
- Pembayaran pinjaman Pendidikan
- Pembayaran Saman Perbandaran atau Majlis
- Pemberian Derma
- Deposit Lembaga Tabung Haji
CARA DAFTAR POS ONLINE
Untuk pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah emrupakan cara daftar PosOnline:
- Layari pautan daftar DI SINI
- Klik pada pilihan Sign Up
- Masukkan emel anda yang aktif dan klik Continue
- Kemudian masukkan butiran maklumat uang diperlukan seperti:
- Nama Penuh,
- Kata Laluan
- Nombor telefon.
- Setelah lengkao klik Sign Up
- Anda akan menerima emel daripada Pos Malaysia dan perlu klik “Confirm Account” untuk mengaktifkan akaun anda tersebut.
- Selesai
CARA LOGIN POS ONLINE
Setelah proses pendaftaran anda Berjaya, berikut adalah cara Log Masuk PosOnline:
- Layari Pautan POSONLINE
- Masukkan alamat emel dan password yang anda sudah tetapkan dan klik Login.
- Anda telah Berjaya log masuk akaun anda.
- Untuk permulaan, anda perlu penuhi butiran peribada pada bahagian “Personal Info” sepert:
- Nombor kad pengenalan,
- Jantina,
- Alamat Rumah,
- Telefon,
- Nama Ibu.
- Setelah lengkap semuanya, klik Save
CARA DEPOSIT SIMPANAN TABUNG HAJI GUNA POSONLINE
Berikut adalah panduan untuk anda deposit simpanan akaun Tabung Haji menggunakan PosOnline
- Log masuk akaun PosOnline anda
- Pada menu utama klik pada Bill Payment > Others > Tabung Haji > Lembaga Tabung haji
- Seterusnya klik pada Enter Payment
- Masukkan segala butiran Akaun Tabung Haji anda seperti Nombor Akaun, Nama Anda, Nombor IC dan juga jumlah deposit yang anda ingin buat.
- Setelah selesai klik pada Add To Cart dan
- Kemudian klik pada Payment Cart dan akan dipaparkan butiran bayaran anda. Sekiranya betul, klik Proceed To Checkout
- Terdapat beberapa pilihan pembayaran internet banking (FPX) yang ada:
- Sekiranya anda menggunakan Bank Muamalat, Bank Islam, Hong Leong Bank dan Public Bank, tiada caj tambahan dikenakan.
- Sekiranya anda menggunakan bank yang disenaraikan (Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan sebagainya), ada dikenalkan caj tambahan 50sen bagi setiap transaksi.
- Pilih pilihan bank anda dan klik Proceed Your Payment
- Kemudian ikuti peroses pembayaran sehingga selesai.
- Anda telah Berjaya mendeposit ke dalam akaunTabung Haji anda.
ARTIKEL LAIN
JANJI TEMU ONLINE PEJABAT POS(Cara Tempah Temujanji Renew Roadtax Lesen)