Bagaimanakah Cara Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan (PCB)?
Potongan Cukai Bulanan (PCB) merupakan bayaran pendahuluan yang dipotong daripada pendapatan bulanan pekerja seperti gaji, elaun kena cukai, dan bonus. PCB ini ditentukan mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Fungsi e-PCB
Sistem e-PCB memudahkan majikan yang tidak memiliki sistem penggajian berkomputer dengan:
- Menyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38
- Mengira PCB setiap bulan
- Memastikan pengiraan PCB tepat
- Mengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian
Cara Daftar Akaun e-PCB
- Layari laman sesawang MyTax.
- Klik “e-PCB income tax” dan pilih “Pengguna Baru”.
- Isi butiran maklumat pendaftaran majikan dengan lengkap.
- Klik “Hantar” dan semak emel untuk mengaktifkan akaun.
Cara Login Akaun e-PCB
- Layari laman ekls.hasil.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Masukkan kod keselamatan yang dipaparkan.
- Klik “Hantar” untuk log masuk.
Tutorial e-PCB
- Untuk Jadual PCB mulai 1 Mac 2019, gunakan e-Jadual PCB melalui e-CP39 di ecp39.hasil.gov.my.
- Pendaftaran kali pertama memerlukan nombor rujukan majikan.
- Isi data maklumat yang diperlukan dan sahkan melalui emel.
Kalkulator Potongan Cukai Bulanan PCB
Gunakan Kalkulator PCB untuk:
- Memastikan kadar PCB yang cukup untuk bayaran cukai tahunan.
- Menuntut balik potongan berlebihan dengan mengisi Borang BE jika perlu.
Penyimpangan dan Tindakan
- Majikan wajib meremitan PCB kepada LHDNM selewat-lewatnya pada hari ke-15 bulan berikutnya.
- Pekerja yang mendapati PCB tidak diremit boleh adukan kepada LHDNM dengan dokumen sokongan seperti penyata gaji.
CARA RESET KATA LALUAN e-PCB
Berikut adalah cara Reset kata laluan sistem e-PCB:
- Layari Sistem e-PCB: https://ekls.hasil.gov.my/
- Klik pada ‘Lupa Kata Laluan”
- Sila masukkan alamat email yang digunakan ketika proses pendaftaran.
- Sila masukkan Kod Keselamatan seperti yang tertera.
- Sila klik untuk menghantar maklumat bagi mendapatkan semula kata laluan. Kata laluan anda akan dihantar ke alamat email
- yang dimasukkan.
CARA PENGGUNAAN SISTEM EPCB
Pastikan anda login terlebih dahulu ke dalam sistem ePCb. Berikut adalah cara penggunaannya:
- Kumpulan Pekerja – pastikan wujudkan kumpulan pekerja terlebih dahulu
- Daftar perkerja – di ruangan Pekerja > Tambah Pekerja
- E-Pay Fbx – untuk pengiraan / kemaskini dan pembayaran PCB
- Bayaran Tahunan – untuk melihat ringkasan kiraan PCB yang telah dibuat. Sistem memaparkan semua maklumat yang telah dikemaskini oleh setiap ID Kumpulan Pekerjanya.Manaka ID Kumpulan Pekerja hanya boleh melihat maklumat bayaran tahunan bagi kumpulan pekerjanya sahaja.
- Tukar Status Pengesahan
- Kemaskini Info Majikan
- Praisi eFiling
- Maklumat PCB/CP38/Tambahan
- Borang EA
- Kemaskini Maklumat Resit
SOALAN LAZIM Potongan Cukai Bulanan PCB
Apakah jenis pendapatan yang layak dikenakan PCB?
Pendapatan berkenaan dengan perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan contohnya gaji, upah, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, tip, bonus/insentif, perkuisit, ganjaran, pampasan kerana kehilangan pekerjaan dan lain-lain.
Bolehkah pekerja mengarahkan majikan supaya tidak membuat potongan PCB ke atas saraannya dengan alasan ingin membayar zakat pada hujung tahun?
Dalam kes pembayaran zakat, seseorang itu perlulah membayar zakatnya pada hujung tahun daripada saku sendiri dahulu, dan seterusnya membuat tuntutan kembali kepada LHDNM melalui pemfailan cukai seperti biasa dengan mengemukakan resit zakat yang telah dibayar untuk mendapat semula amaun setara dari PCB yang telah dibayar.
Apakah kaedah yang digunakan oleh majikan dalam menentukan jumlah PCB yang perlu dipotong?
Penentuan amaun PCB boleh ditentukan samada dengan kaedah pengiraan penggajian berkomputer atau merujuk kepada Jadual Potongan Cukai Bulanan yang boleh didapati di laman web LHDNM.
Kesimpulan
Sistem e-PCB memastikan pemotongan cukai yang tepat dan mudah bagi majikan serta pekerja, mengurangkan beban pembayaran cukai secara sekaligus. Dengan e-PCB, pemotongan PCB berlaku berdasarkan Jadual PCB yang diiktiraf, memastikan pematuhan undang-undang cukai pendapatan Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT Potongan Cukai Bulanan PCB
Untuk mendapatkanmaklumat lanjut dan pertanyaan tentang login ePCB boleh:
- Layari Manual pengguan e-PCB: https://ekls.hasil.gov.my/Manual_ePCB.pdf
- Hubungi: 03-8911 1000 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 4.30 petang)
ARTIKEL LAIN
MyTAX HASIL (Cara Daftar Login Semakan Status Bayaran Balik)
LUPA ID PASSWORD E-FILING(Cara Reset & Dapatkan Semula Akaun)
SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA(Cara Check Income Tax Number Online)