CARA DAFTAR LOGIN AHLI PPAS SELANGOR (Semak Waktu Operasi ppas.gov.my)
Kepada anda yang suka membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan, kini rangkaian Perpustakaan PPAS Selangor mempunyai koleksi bahan bacaan dan alat pembelajaran yang komprehensif, fasiliti sewaan yang lengkap, ruang multimedia dan edutainment yang menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur dengan kadar bayaran yang rendah.
Keahlian anda akan memberikan akses kepada bahan bacaan, alat pembelajaran, fasiliti perpustakaan dan banyak lagi. Disini kami akan kongsikan cara daftar dan login, semoga membantu.
APA ITU PPAS
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah menjadi sebuah pusat sehenti yang berperanan sebagai jambatan kepada rakyat di Selangor bagi meneroka ruang dan peluang bagi memacu penciptaan nilai dan pembangunan modal insan di Negeri Selangor. Ini merupakan komponen penting dalam melahirkan rakyat Selangor yang cemerlang dan mampu menjadi aset berharga sekaligus menyumbang kepada negeri tercinta ini.
SENARAI LOKASI PPAS
Untuk mengetahui cawangan lokasi PPAS yang berhampiran, anda boleh merujuk di sini:
WAKTU OPERASI PPAS
Berikut adalah merupakan waktu operasi PPAS yang telah ditetapkan:
TEMPAT | HARI | MASA |
Pustaka Raja Tun Uda | Isnin – Ahad | 9.00 Pagi – 6.00 Petang |
Perpustakaan Daerah Gombak Perpustakaan Cawangan Kajang Perpustakaan Komuniti Sg. Udang Klang Perpustakaan Komuniti PJ Kita @ Kampung Lindungan | Isnin – Ahad | 9.00 Pagi – 6.00 Petang |
Perpustakaan Daerah / Cawangan / Pekan | Isnin – Jumaat Sabtu minggu ke 2 & 4 | 9.00 Pagi – 6.00 Petang 8.30 Pagi – 5.30 Petang Ditutup pada hari Isnin yang berikutnya |
Perpustakaan Desa | Isnin – Khamis Jumaat Sabtu minggu ke 2 & 4 | 9.00 Pagi – 6.00 Petang (Rehat 1.00 – 2.00 Petang) 9.00 Pagi – 6.00 Petang (Rehat 12.15 – 2.45 Petang) 8.30 Pagi – 5.30 Petang (Rehat 1.00 – 2.00 Petang) Ditutup pada hari Isnin yang berikutnya |
CARA DAFTAR AHLI PPAS SELANGOR
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan pendaftaran PPAS: http://opac.ppas.gov.my:8080/wicket/page?1
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
- MYKAD / MYKID No / MYPR (masukkan tanpa – cth : 780908037743)
- Name
- Birth Date . Format (YYYY-MM-DD)
- Gender
- Primary Address
- Telephone
- Setelah lengkap, masukkan Verification Code yang tertera dan klik Register
- Pendaftaran anda telah berjaya
CARA LOGIN PPAS SELANGOR
Setelah proses pendaftaran anda berjaya, berikut adalah cara untul Log masuk:
- Layari pautan Login: http://opac.ppas.gov.my:8080/auth/login?2&theme=ppas_chamo
- Masukkan Username dan Password anda
- Kemudian tekan Login
- Selesai, log masuk ke akaun PPAS anda telah berjaya.
PERMOHONAN PINJAMAN DESKTOP & LAPTOP PERCUMA @ PPAS
Pinjaman desktop atau laptop merupakan salah satu inisiatif bagi membolehkan orang ramai terutamanya para pelajar menggunakan laptop yang dibekalkan untuk tujuan pembelajaran. Berikut adalah merupakan maklumat danc ara permohonan pinjaman ini:
Pinjaman dektop dan laptop ini turut melibatkan pinjaman:
- Pembesar suara
- Wifi
- Webcam
- Perisian Microsoft Office
- Semua peralatan lain yang diperlukan untuk pembelajaran online
Cara Pra-Pendaftaran Pinjaman
- Layari pautan google form Borang Pra Pendaftaran Pinjaman Desktop dan Laptop
- Isi semua maklumat pendaftaran yang diperlukan dengan lengkap.
- Semak maklumat anda dan pastikan semua maklumat diisi.
- Klik Submit untuk menghantar permohonan.
Nota: Sebanyak 10 komputer riba dan desktop disediakan di 50 buah perpustakaan terlibat di bawah PPAS.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai PPAS Selangor, anda boleh layari website rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di pautan https://www.ppas.gov.my/ atau hubungi pihak PPAS di talian 03-5519 7667.
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR U-PUSTAKA OOKBEE BUFFET (Akses Bahan Digital Percuma)