Tarikh Program Madani Rakyat Zon Timur
Program Madani Rakyat Zon Timur akan diadakan dari 5 hingga 7 Julai 2024 di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Kerajaan Negeri Pahang.
Program MadaniRakyat Zon peringkat Zon Utara berlangsung pada 3 hingga 5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad).
Program MADANI Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari 2024 bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Objektif Program
Program ini bertujuan untuk:
- Memberi peluang kepada masyarakat di Negeri Pahang, Terengganu, dan Kelantan untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara langsung.
- Membolehkan masyarakat menyuarakan pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan kerajaan.
- Mewujudkan saluran komunikasi yang berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, memperkukuhkan hubungan dalam membangun negara yang lebih sejahtera.
Aktiviti dan Fokus Program
Program Madani Rakyat Zon Timur akan menumpukan kepada beberapa aktiviti utama:
- Karnival Kerjaya Myfuturejobs
- Booth Karnival Kerjaya Myfuturejobs dengan lebih dari 1500 kekosongan jawatan dari 26 majikan.
- 50% Diskaun Saman PDRM Terpilih
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kadar kompaun saman terpilih sehingga 50%.
- Jualan MADANI dan Pameran Aset Kerajaan
- Jualan MADANI dengan potongan harga dan tawaran istimewa.
- Pameran aset-aset Kerajaan untuk maklumat dan hiburan masyarakat.
- Aktiviti Pendidikan dan Kemahiran (STEM & AI)
- Pameran dan perkhidmatan berkaitan dengan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI).
Jadual Program Madani Rakyat
- Tarikh: 5 hingga 7 Julai 2024 (Jumaat hingga Ahad)
- Lokasi: Dataran Sayangi Kuantan, Pahang
- Masa:
- Jumaat dan Sabtu: 9.00 pagi – 10.00 malam
- Ahad: 9.00 pagi – 6.00 petang
Perasmian oleh Perdana Menteri
Majlis perasmian Program MadaniRakyat 2024 Zon Timur akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 6 Julai 2024 (Sabtu).
Info Lanjut Program
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari:
- Facebook Malaysia Madani – facebook.com/MalaysiaMADANI.my
- Laman Web – malaysiamadani.gov.my
Artikel Lain >SKIM PERUBATAN MADANI (Permohonan Golongan B40)